Sistem Pentadbiran Sekolah Maya Malaysia / Alice Masillamani

Alice, Masillamani (2003) Sistem Pentadbiran Sekolah Maya Malaysia / Alice Masillamani. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (25Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Pentadbiran Sekolah Maya Malaysia (SPSMM) merupakan suatu perisian yang direkabentuk untuk membantu pentadbir dalam hal yang berkaitan dengan pentadbiran Seko·Iah Maya Malaysia. Sekolah Maya Malaysia ini merupakan suatu Iaman web yang mengendalikan pembelajaran Tingkatan 6 sahaja (Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas). Objektif utama SPSMM adalah untuk menjadi satu alat bantuan dalam pentadbiran maklumat pelajar. Modul-modul sistem ini tertumpu kepada modul pentadbir, dan modul am. Modul Pentadbir boleh dicapai oleh pihak pentadbir sahaja. Modul ini mengandungi maklumat pelajar yang diagihkan mengikut aliran Sains dan Sastera. Modul ini mempunyai fungsi untuk menambah rekod, dan menghapus rekod. Modul Am pula terdiri daripada 5 Modul yang utama iaitu Profile, Pentadbiran. Akademik, Kemudahan dan Pengumuman. Setiap modul ini mempunyai submodulnya yang tersendiri. Modul Profile terdiri daripada submodel Misi, Pencapaian dan Analisa. Modul Pentadbiran pula mengandungi ucapan pengetua dan carta organisasi staf. Modul Akademik terdiri daripada Submodul Pembelajaran, Tawaran Subjek, Kelayakkan Dan Yuran. Modul Kemudahan pula terdiri daripada 4 submodul yang masing-masing menerangkan tentang kemudahan yang di tawarkan di Sekolah Maya Malaysia. Akhir sekali, Modul Pengumuman memaparkan pengumuman untuk staf dan pelajar. Dalam SPSMM juga, pihak pentadbir sistem akan diberikan pengenalan dan katalaluan. Ini untuk memastikan hanya pengguna yang sah sahaja boleh membuat capaian terhadap modul pentadbir. Pihak pentadbir mempunyai capaian menyeluruh terhadap sistem ini. Pengguna lain seperti pelajar mempunyai capaian terhad terhad terhadap sistem ini. Ini untuk memastikan keselamatan maklumat didalam SPSMM sentiasa terjamin. SPSMM dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan Microsoft Visual Basic dibawah Sistem Pengendalian Microsoft Windows. Sistem ini digunakan secara online menerusi internet dan mengutamakan konsep mesra penguna.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem pentadbiran sekolah; Sistem atas talian; Pengurusan data
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 21 Feb 2020 07:39
    Last Modified: 21 Feb 2020 07:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10879

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item