Aliyas, Ahmat (1988) Kebebasan pergaulan remaja kilang masa kini: Satu kajian di kawasan perindustrian (Free Trade Zone) Sungai Way, Selangor / Aliyas Ahmat. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (10Mb) | Preview |
Abstract
Latihan ilmiah ini memuatkan beberapa hal mengenai masalah pergaulan remaja kilang. Pengkajian bertujuan mencari apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan itu. Fokus utama adalah dilihat kelonggaran ikatan sosial berperanan melihat dalam menentukan sikap dan tingkah laku remaja ke arah pergaulan bebas dan juga akibat pengaruh perhubungan. Untuk tujuan ini, pengkajian dijalankan ke atas remaja kilang di kawasan perindustrian Sungai Way, Selangor dalam kebebasan pergaulan mereka memandangkan ia berpunca dari kawasan peindustrian yang terbesar ini. Dalam bab I, pengkaji akan menghuraikan penegnalan secara kajian secara ringkas. Bab II pula diberi beberapa penerangan konsep dan definasi yang berkaitan pergaulan yang bersifat ‘deliquency’. Ini bertujuan untuk menjamin agar ianya tidak lari dari tujuan asal kajian ini. Dalam bab ini juga telah dihuraikan teori-teori yang sesuai terutamanya oleh Travis Hirschi yang mementingkan konsep ikatan sosial yang menjadi garis panduan pengkaji dalam menentukan perlakuan remaja. Seterusnya dalam bab III, pengkaji akan mengemukakan faktor-faktor dan analisa dari kajian ini. Pengkaji telah mengaitkannya dengan elemen-elemen ikatan sosial dan mendapati memang wujud toleransi antara perlakuan deliquency pergaulan dengan kelonggaran ikatan sosial walaupun tidak sepenuhnya. Di peringkat ini, remaja masih tergak-agak untuk melibatkan diri dalam perlakuan itu tetapi dengan terdapat faktor-faktor lain mendorong terjerumus dalam lembah kebebasan pergaulan. Dalam bab IV, remaja telah pun melibatkan diri dan pengkaji akan melihat kebebasan remaja dalam pergaulannya di samping akibatnya yang dikesan. Dalm bab V, pengkaji merumuskan segala maklumat yang telah diperoleh semasa kajian dengan mengaitkan dengan teori kawalan memandangkan Teori Hirschi memang sesuai di samping sedikit cara mengatasi masalah pergaulan ini.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988. |
Uncontrolled Keywords: | Perindustrian; Free Trade Zone; Aktiviti sosial |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 05 Feb 2020 03:10 |
Last Modified: | 20 Feb 2020 06:03 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10951 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |