Organisasi Jabatan Zakat dan Fitrah Perlis dan pencapaian mengikut kehendak Islam / Shukri Che Mat Saad

Shukri , Che Mat Saad (1987) Organisasi Jabatan Zakat dan Fitrah Perlis dan pencapaian mengikut kehendak Islam / Shukri Che Mat Saad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Penulisan ini merupakan satu kajian terhadap Organisasi Jabatan Zakat dan Fitrah Perlis dan pencapaian mengikut kehendak Islam dalam sistem pengeluaran zakat di kalangan petani. Tumpuan kajian dilakukan di Kampung Tok Pulau iaitu dalam kawasan Simpang Empat. Sebagai penduduk di kawasan kajian ini, pengkaji dapat melihat lebih dekat lagi setiap fenomena yang berlaku. Walaupun sebagai penduduk tempatan seberapa boleh pengkaji tetap cuba memberi gambaran yang sebenar. Dalam bab I, tujuan dan bidang telah dijelaskan supaya kajian ini tidak terkeluar dari tujuan asal. Metodologi ataupun kaedah kajian dan pendekatan yang dilakukan dimasukkan dalam bab ini. Masalah semasa kajian juga dibincangkan kerana ianya sedikit sebanyak mempengaruhi seluruh kajian disamping sejarah penubuhan Pejabat Zakat Perlis. Dalam bab II pula, merupakan penerangan konsep dan teori yang lebih luas menurut Islam. Di sini kedudukan dan pengertian zakat serta permulaanha dari sudut sejarah juga dijelaskan sebagai gambaran lebih jelas dibuat perbandingan sistem zakat ini dengan prinsip-prinsip ekonomi moden seperti kapitalisme dan komunisme. Ini penting sebagai penilaian dan penganalisaan sistem zakat itu sendiri. Dalam bab III seterusnya, penumpuan lebih kepada Organisasi Pejabat Zakat Perlis termasuk latarbelakang pentadbirannya. Penulis juga membuat penganalisaan terhadap kadar perolehan dan perbelanjaan hasil zakat bagi tempoh empat tahun iaitu dari tahun 1982 hingga 1985. Analisa ini penting bagi melihat perkembangan dan juga kemajuan yang telah dicapai oleh jabatan ini. Dalam bab IV ini, pencapaian nilai-nilai Islam terhadap pengeluaran zakat oleh petani ditumpukan. Tidak ketinggalan juga melihat latarbelakang para petani di Kampung Tok Pulau ini kerana ianya dikaitkan dengan pencapaian nilai-nilai tersebut. Disamping itu, kedudukan amil dan hubungannya dengan ahli-ahli kariah turut dikaji. Akhir sekali dalam bab ini pengkaji cuba melihat reaksi dan pandangan ahli kariah terhadap Pejabat Zakat Perlis. Dalam bab akhir ini, iaitu sebagai penutup pengkaji membincangkan kesan dan pengaruh zakat sebagai satu sistem jaminan sosial dan ekonomi masyarakat Islam. Ini termasuklah pengaruh terhadap pengeluaran. Akhir sekali dibuat semakan dan pandangan bagi peningkatan sistem zakat itu sendiri.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Zakat dan Fitrah; Masyarakat Islam; Sosial; Pejabat Zakat Perlis; Ahli kariah
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Feb 2020 03:25
    Last Modified: 20 Feb 2020 03:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11011

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item