Gambaran budaya dan masyarakat dalam senikata lagu / Chan Phaik Hoon

Chan , Phaik Hoon (1984) Gambaran budaya dan masyarakat dalam senikata lagu / Chan Phaik Hoon. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Penumpuan kajian ini adalah kepada perkaitan senikata-senikata lagu dengan budaya dan masyarakat. Jadi, pengkaji bersetuju membuktikan bahawa senikata-senikata lagu memang menonjolkan unsur-unsur budaya dan masyarakat. Juga, pengkaji berminat mengetahui kategori lagu mana yang paling digemari oleh pendengar-pendengar.Bab I kajian ini menjelaskan tentang objektif kajian, bidang kajian, metode kajian dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi dalam proses menjalankan kajian. Teknik penyelidikan yang menajdi asas kajian ini ialah penganalisaan ini kandungan. Teknik lain, iaitu temubual tidak rasmi juga dijalankan untuk mendapatkan data-data yang tidak boleh diperolehi melalui penganalisaan ini kandungan dan juga untuk menyenak semula maklumat-maklumat yang diperolehi. Bab II dalam kajian ini menghuraikan latarbelakang pembentukan lagu serta juga menerangkan beberapa konsep yang pentig bagi memahami latihan ini, iaitu 'masyarakat', 'budaya' dan 'seni'. Teori mengenai seni dan lagu dikemukan untuk membuktikan andaian bahawa senikata-senikata lagu dalam negara kita mencerminkan budaya dan masyarakat kita. Bab III menerangkan cara-cara penganalisaan isi kandungan dijalankan. Berdasarkan dua objektif utama itu, penganalisaan- penganalisaan isi kandungan dibuat untuk menggolongkan lagu-lagu kepada kategori-kategori yang tertentu. Bab IV menggalurkan maklumat-maklumat yang diperolehi. Perangkaan dibuat untuk menyokong andaian-andaian kajian ini. Beberapa penjelasan juga diberikan berkenaan sifat-sifat tertentu dalam senikata-senikata lagu. Bab V cuba mengaitkan teori yang dipegang dalam kajian ini dengan senikata-senikata lagu. Juga, dikemukakan jenis-jenis nilai, kepercayaan atau pegangan agama, adat-adat istiadat dan adat resam serta penggambaran masyarakat secara fizikal. Bab VI memberi kesimpulan kepada keseluruhan kajian yang dijalankan. Cadangan-cadangan juga dikemukakan untuk menjadikan lagu satu jenis komunikasi yang bukan sahaja berupaya mendidik golongan muda-mudi tetapi juga berfingsi mengekalkan budaya kita.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984.
    Uncontrolled Keywords: Senikata lagu; Budaya; Masyarakat; Adat istiadat; Kepercayaan sosial
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 18 Feb 2020 07:04
    Last Modified: 18 Feb 2020 07:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11037

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item