Mohd Sahrizal , Sapiran (2002) Sistem Maklumat Eksekutif-Program mentor / Mohd Sahrizal Sapiran. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Proses pembangunnn sistem maklumat berasaskan komputer telah berubah sejak 20 tahun yang lepas. Peningkatan yang dramatik dalam teknologi perkakasan iaitu dari segi memperbaiki kemampuan dan mengurangkan kos telah memperhebatkan dan meningkatkan keperluan untuk memperbaiki proses pembangunan sistem maklumat. Sistem Maklumat Eksekutif yang dibangunkan adalah sistem komputer yang mampu untuk mcmbuat keputusan dan keputusan tersebut dapat dipersembahkan dalam bentuk ynng padat serta ringkas. Oleh itu, saya bercadang untuk membangunkan Sistem Maklumat Eksekutif dan pengkhususan saya adalah Program mentor. Sistem Maklumat Eksekutif yang akan dibangunkan ini adalah ditujukan khas kepada para pensyarah di universititi khasnya di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya yang selama ini menghadapi masalah dalnm menjejaki kemajuan pelajar di bawah nasihat mereka. Ia merupakan satu sistem baru yang akan mempercepatkan dan memudahknn para pensyarah mengikuti perkembangan dan perjalanan kemajuan para pelajar yang berada di bawah nasihat mereka. Di samping itu, sistem ini juga mampu untuk membuat perancangan ke atas seseorang pelajar itu dari segi penyusunan kursus yang perlu diambil dalam sesuatu semester untuk melengkapkan pengajian dalam tempoh yang optimum. Sistem ini sesuai dengan pembangunan teknologi pada masa kini.
Actions (For repository staff only : Login required)