E-Learning menggunakan silibus dan modul ICT untuk tahap 1, 2 & 3 / Sharmiza Mohd

Sharmiza, Mohd (2005) E-Learning menggunakan silibus dan modul ICT untuk tahap 1, 2 & 3 / Sharmiza Mohd. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (34Mb) | Preview

    Abstract

    Pengaruh perkembangan teknologi maklumat kini,telah memberi impak yang besar dalam perkembangan dan kemajuan tamadun manusia.Kehidupan moden menjelang abad ke 21 ini, amat bergantung kepada teknologi maklumat dan ia merupakan sebuah tamadun yang tidak dapat dipisahkan daripada kemajuan, perubahan dan permodenan. Sehubungan dengan itu, perkembangan teknologi maklumat dan internet yang pesat telah menjuruskan kepada penghasilan pelbagai perantara maklumat digital. e-Learning merupakan sebuah laman web yang menyediakan sumber-sumber dan capaian yang diperlukan oleh pengguna. Sistem ini dibangunkan untuk pelajar sekolah menengah rendah dan guru-guru. Hanya pengguna yang berdaftat sahaja boleh melayari sistem ini. Tujuan atau objektif pembangunan sistem ini ialah untuk membawa satu perubahan baru kepada cara penyampaian pelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. Sistem yang dibangunkan ini mempunyai tujuh modul utama iaitu, nota kuiz, berita, muat turun, hubung "contact", forum atau pentadbir "admin". Modul nota pula terbahagi kepada empat topik utama iaitu Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excel dan Internet and World Wide Web. Modul forum membenarkan pengguna berinteraksi dan mengemukakan sebarang topik di platformm sistem ini. Modul Kuiz pula menyediakan soalan-soalan berkaitan topik yang dibincangkan. Modul muat turun merupakan modul untuk pelajar dan pentadbir memuat turun modul nota yang terdapat dalam sistem ini. Untuk modul berita pula, ia mempunyai maklumat berita yang ditadbir penggunanya oleh pentadbir. Bagi modul hubung pula, ia merupakan modul paparan serba sedikit butiran mengenai guru-guru dan modul pentadbir pula merupakan modul dimana pentadbir boleh membuat pengubahsuaian dan penambahan maklumat. Sehubungan dengan itu, sistem ini diharap dapat memenuhi keperluan pengguna dan memudahkan para pelajar dan guru dalam proses pembelajaran mereka.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004/2005.
    Uncontrolled Keywords: E-Learning; Multimedia; Teaching skills; Students
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 31 Mar 2020 03:40
    Last Modified: 31 Mar 2020 03:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11053

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item