Zulkifli, Muhamad (2003) Perpustakaan Digital: Pembangunan sumber secara kolaboratif (fokus kepada tempat-tempat bersejarah di Malaysia) / Zulkifli Muhamad. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Malaysian History Online (MHO) merupakan sebuah sistem perpustakaan digital yang mana sumber-sumber bagi sistem ini dibangunkan secara kolaboratif dan memfokuskan kepada tempat-tempat bersejarah di Malaysia. MHO direkabentuk bagi menyediakan fungsi-fungsi seperti fungsi carian, rujukan pe!bandingan dan sistem antaramuka ramah pengguna. Salah satu ciri khas yang terdapat di dalam sistem ini adalah menyokong penghantaran bahan secara atas talian oleh para pengguna terutamanya oleh pengguna yang ingin berkongsi bahan dengan pengguna lain dengan cara memuatnaik bahan tersebut ke dalam sistem. Selain itu, terdapat juga papan bulletin yang akan menyiarkan berita-berita semasa dan dikemaskini oleh pentadbir. Sistem MHO ini terdiri daripada sepuluh modul utama iaitu Modul Penyelenggaraan, Modul Pengesahan, Modul Pendaftaran, Modul Carian, Modul Pengindeksan, Modul Muatnaik, Modul Laporan dan Modul Pengurusan Maklumat. Modul Penyelenggaraan dan Modul Muatnaik merupakan dua buah modul yang menyokong pembangunan sumber secara kolaboratif MHO ini akan dibangunkan dengan menggunakan Active Server Page sebagai bahasa pengaturcaraan utama dan Microsoft Access 2000 sebagai Sistem Pengurusan Pangkalan Data. Windows 2000 dan Internet Information Server 5.0 pula digunakan sebagai pelayan web. Sistem MHO ini merupakan peralatan yang boleh digunakan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran semasa serta akan menjadi sebuah pembangunan sumber tempatan secara kolaboratif untuk para guru, para pelajar dan para peminat sejarah tempatan. Sistem ini juga akan mendedahkan kepada para pelajar mengenai teknologi perpustakaan digital.
Actions (For repository staff only : Login required)