Migrasi dan kesannya kepada struktur Adat Perpatih: Kajian kes di Kampung Bukit Gombak, Jempol / Adnan Abu Bakar

Adnan , Abu Bakar (1984) Migrasi dan kesannya kepada struktur Adat Perpatih: Kajian kes di Kampung Bukit Gombak, Jempol / Adnan Abu Bakar. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah mengenai migrasi dan kesannya kepada struktur Adat Perpatih dengan tumpuan khas pada Kg. Bukit Gombang, Jempol, Negeri Sembilan. Ia menghuraikan dan menganalisa perubahan-perubahan yang telah berlaku pada sistem adat dengan penghijrahan penduduk. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Dalam bab I, dihuraikan tentang tujuan kajian, kaedah kajian, kesulitan kajian, bidang kajian dan masyarakat adat perpatih pada teorinya. Ini adalah bab pendahuluan iaitu asas kepada kajian. Bab II pula akan menghuraikan merantau di dalam konsep adat perpatih. Diterangkan juga sebab-sebab berlakunya penghijrahan dimasa kini dan juga hubungan penghijrahan dengan tempat asal. Ini untuk melihat dari segi konsep yang menjadi dasar kepada pengkajian. Faktor-faktor migrasi itu ialah faktor ekonomi an ekologi, sosio-budaya dan faktor politik. Bab III pula akan menerangkan kesan-kesan migrasi kepada aspek ekonomi dan kesan kepada ‘Rites de passage’ iaitu perkahwinan dan perceraian. Bab ini akan menghuraikan dengan Panjang lebar tentang perubahan-perubahan yang telah berlaku ditempat kajian ini. Bab IV pula akan menghuraikan kesan migrasi dari segi politik yang banyak terjadi ditempat kajian ini. Struktur kekuasaan dan kepimpinan ini akan dikaitkan dengan krisis yang telah terjadi. Krisis ini melibatkan dua fenomena iaitu krisis didalam pemilihan Datuk Jempol dan krisis dialam pimpinan Buapak dikalangan ‘Suku Tiga Batu’. Krisis ini telah berlaku dikampung ini dan penyelesaiannya belum lagi dapat diatasi. Bab V pula ialah bab kesimpulan iaitu pengkaji cuba membuat perbandingan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan dahulu. Ia juga akan cuba membuat ramalan tentang masa depan adat dengan Analisa-analsia pengkaji sendiri.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Adat Perpatih; Penghijrahan penduduk; Perkahwinan; Ekonomi; Sosial
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 01 Mar 2020 07:53
    Last Modified: 01 Mar 2020 07:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11067

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item