Kemiskinan dari perspektif sosio-ekonomi: Satu kajian kes di Kampung Batang Kulim, Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak / Husnah Saidon

Husnah , Saidon (1986) Kemiskinan dari perspektif sosio-ekonomi: Satu kajian kes di Kampung Batang Kulim, Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak / Husnah Saidon. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah mengenai kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu, dengan memberi rujukan khusus kepada kepada penduduk-penduduk di Kampung Batang Kulim, Kuala Kangsar, perak. Ia bertujuan untuk memberi satu profile mengenai kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu. Data-data diperolehi melalui pemerhatian ikut serta dan temuramah dengan 50 orang penduduk kampung tersebut. Diantara peranan-peranan penting daripada kajian ini ialah seperti berikut:- I Kira-kira 30% daripada penduduk kampung masih berpendapatan $100.00 – 200.00. disebabkan sukar meninggikan pendapatan belia-belia berhijrah ke bandar yang tinggal di kampung 34% terdiri dari orang-orang tua yang berumur lebih dari 56 tahun. II Dari segi Pendidikan, 74% hanya tamat sekolah rendah, 8% tamat sekolah menengah dan 4% tidak menerima apa-apa Pendidikan. Keseluruhan daripada penduduk kampung bekerja sebagai penoreh getah iaitu 40%, peniaga 14%, buruh kasar 12%, tidak bekerja 10%, pesara 8%, pemandu dan pegawai keselamatan 6% dan kerja pejabat 4%. Purata pendapatan bulanan mereka ialah $134.00. III Kemudahan-kemudahan asasi yang diperoleh agar memuaskan. Majoriti dariapada penduduk kampung ini yang menikmati kemudahan elektrik, paip air, telefon, sekolah, klinik dan kemudahan pos. IV Di kampung ini masih terdapat ciri-ciri kehidupan tradisi. Ini dipernyatakan melalui aktiviti-aktiviti sosial seperti kenduri-kendara dan aktiviti bercorak keagamaan. Semangat kerjasama diamalkan di kalangan mereka melalui aktiviti gotong-royong dan lain-lain bentuk kerjasama. Walau bagaimanapun, terdapat juga konflik yang tidak ketara apabila ada diantara mereka tidak sependapat diantara satu sama lain.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Sosio-ekonomi; Kemiskinan; Kemudahan asasi; Tradisi; Aktiviti sosial
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 01 Mar 2020 07:54
    Last Modified: 01 Mar 2020 07:54
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11068

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item