Sujaihah, Abu Hassan (2003) Sistem pembelajaran interaktif berasaskan web untuk prasekolah (WILSP) / Sujaihah Abu Hassan. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web untuk Prasekolah atau WILSP merupakan sistem pembelajaran secara e-learning yang telah dipilih untuk Projek Ilmiah Tahap Akhir II (WXES 3182) bagi ljazah Sarjana Muda Sains Komputer. Sistem ini memfokus kepada pembelajaran yang berasaskan web yang disediakan khusus untuk kanak-kanak prasekolah iaitu diperingkat usia 5-6 tahun. Tujuan utama WILSP ini dibina adalah untuk menyediakan pendidikan awal yang menarik serta interaktif Kanak-kanak akan memperolehi pendedahan dunia internet melalui penggunaan komputer serta dapat belajar di rumah dengan pengawasan ibubapa mereka. Sistem ini juga boleh diakses pada bila-bila masa tanpa perlu ada halangan dari segi masa. Penyelidikan dijalankan untuk memastikan sistem yang dibina memenuhi piawai dan kehendak kokurikulum semasa disamping menyediakan bahan pendidikan yang bersesuaian. Fasa analisa dilakukan terhadap data dan maklumat, keperluan pengguna, rekabentuk antaramuka dan spesifikasi yang diperlukan. Hasil analisa ini kemudiannya telah dipindahkan ke dalam bentuk logikal dalam fasa rekabentuk di mana ini akan menjadikan pembangunan fasa perlaksanaan dan implementasi akan lebih mudah. Selepas fasa perlaksanaan tamat, fasa pengujian dijalankan untuk memastikan sistem yang dibina benar-benar menepati rekabentuk yang telah dicadangkan. Akhimya perbincangan dilakukan dengan mengutarakan pelbagai isu sepanjang projek dijalankan. Oleh itu, adalah diharapkan agar sistem merijadi satu lagi altenatif untuk menyediakan kanak-kanak prsasekolah sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang sebenar serta dapat menyesuaikan mereka dengan dengan era siber.
Actions (For repository staff only : Login required)