Pasaraya dan hubungannya dengan corak hidup bandar (Satu kajian kes di Alor Setar) / Lim Cheng Yew

Lim , Cheng Yew (1987) Pasaraya dan hubungannya dengan corak hidup bandar (Satu kajian kes di Alor Setar) / Lim Cheng Yew. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (6Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang dijalankan di Bandar Alor Setar dan Pekan Simpang Empat ini bertujuan melihat corak hidup bandar didalam mempengaruhi sistem pemasaran yang terdapat. Kajian di Bandar Alor Setar bertumpu kepada sistem pemasaran pasaraya dan hubungannya dengan corak hidup bandar. Manakala di Pekan Simpang Empat pula kajiannya adalah ke atas kedai runcit sebagai satu perbandingan dengan kajian pasaraya. Dalam bab I diterangkan tujuan kajian, masalah kajian, bidang kajian dan metode kajian. Ini sebagai penerangan kepada bentuk kajian yang dilakukan. Selepas itu baru disertakan latarbelakang tempat kajian dan kesukaran yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Untuk baba kedua, pelbagai konsep dan teori tentang pasaraya dan corak hidup bandar telah dibincangkan dengan Panjang lebar. Dalam pada itu, dinyatakan juga sejarah penubuhan dan perkembangan sistem perniagaan di Malaysia. Dan akhir sekali diterangkan latarbelakang responden yang dikaji. Selanjutnya untuk bab ketiga, dibincangkan sistem pemasaran pasaraya yang dianggap moden dan pelbagai kemudahan serta keselesaan yang diberikan oleh pasaraya. Juga dinyatakan berbagai bentuk tawaran harga yang disediakan dan perbandingan harga yang dijalankan selama sebulan di pasaraya X. Di samping itu dibandingkan juga perkhidmatan pasaraya ini dengan sistem kedai runcit yang dikaji. Didalam bab keempat, dibincangkan kelemahan dan kekurangan yang terdapat di pasaraya. Hal ini juga dibandingkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada kedai runcit. Dalam bab akhir, dinyatakan kesimpulan kajian dan pelbagai cadangan untuk mempertingkatkan lagi sistem perkhidmatan pasaraya. Ini penting untuk mendapatkan perkhidmatan pasaraya yang benar-benar dapat memenuhi keperluan para pelanggan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Sistem pemasaran; Perkhidmatan pasaraya; Tawaran harga; Perbandingan harga; Kedai runcit
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Mar 2020 06:57
    Last Modified: 10 Mar 2020 06:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11077

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item