Kesan kegiatan kumpulan sosial dalam komuniti Rancangan Tanah Kemajuan di Batu 27, Lenga, Muar, Johor / Hatipah Ibrahim

Hatipah, Ibrahim (1983) Kesan kegiatan kumpulan sosial dalam komuniti Rancangan Tanah Kemajuan di Batu 27, Lenga, Muar, Johor / Hatipah Ibrahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian latihan ilmiah ini telah dijalankan di Rancangan Tanah Kemajuan, Batu 27, Lenga, Muar, Johor. Latihan ilmiah ini adalah berkenaan dengan kesan kegiatan-kegiatan kumpulan social di rancangan ini. Bab I adalah bab pengenalan iaitu berkenaan dengan tujuan dan bidang kajian dijalankan, metode yang digunakan dan akhirnya masalah yang dihadapi. Bab II seterusnya akan menyentuh tentang konsep yang digunakan dalam latihan ilmiah ini. Konsep kumpulan sosial di bincangkan dengan pandangan-pandangan ahli sosiologi dan pembahagian kumpulan sosial. Selepas itu akan diapplikasikan dalam bab-bab berikutnya. Bab III adalah bab penerangan tentang latarbelakang rancangan tanah tersebut kemudian latarbelakang responden yang menyentuh tentang umur, tingkat pelajaran, sebab-sebab memasuki rancangan, hubungan peneroka dengan keluarga dan peneroka dengan peneroka, tingkat pendapatan dan sebagainya. Bab IV dan bab V pula akan mengupas tentang jenis-jenis kumpulan social yang wujud di rancangan tersebut, kumpulan sosial ini dibahagikan kepada yang berbentuk formal dan informasi. Setelah itu, dilihat pula kegiatan ataupun aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan ini sama ada dari aspek sosial, ekonomi, politik dan agama. Bab seterusnya juga menjelaskan tentang kesan-kesan dari aktiviti yang dijalankan sam ada dari aspek integrated ataupun disintegrated. Akhirnya akan diterangkan sebab-sebab yang menjadi pendorong atau yang mempengaruhi dan faktor penghalang kepada penglibatan peneroka di dalam kegiatan kumpulan sosial yang ada. Bab VI merupakan rumusan kepada isi kandungan yang telah dijelaskan. Selain itu, diperkatakan tentang kepentingan atau peranan kumpulan sosial kepada sesebuah rancangan penempatan semula.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1982/1983.
    Uncontrolled Keywords: Sosial; Komuniti; Rancangan Tanah Kemajuan; Ekonomi; Politik
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Mar 2020 06:42
    Last Modified: 10 Mar 2020 06:42
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11084

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item