Sistem Pakar Diet atau Weight Losss and Nutritional Advisory System / Siti Rozidah Rejab

Siti Rozidah , Rejab (2003) Sistem Pakar Diet atau Weight Losss and Nutritional Advisory System / Siti Rozidah Rejab. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Penasihat Nutrisi dan Penurunan Berat Badan ( Weight Losss and nutritional advisory system) ialah aplikasi sistem pakar yang memberi nasihat didalam mengurangkan berat badan dan memperkenalkan diet yang seimbang kepada pengguna.Objektif utama sistem ini ialah untuk membantu pengguna dalam memperolehi berat badan yang ideal sesuai dengan ketinggian yang dimiliki serta kriteria-kriteria yang telah ditentukan dengan cara yang betul tanpa perlu risau tentang risiko yang bakal dihadapi. Selain daripada itu sistem ini juga dapat memandu pengguna yang menghidap penyakit yang serius seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung dalam mendapatkan kandungan zat nutrisi yang mencukupi dengan mencadangkan menu harian yang mempunyai jumlah kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan seorang pesakit. Sistem ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari umur 18 hingga 30 tahun. Disamping itu sistem ini juga dapat membantu wanita yang mengandung dalam pengambilan diet harian yang seimbang. Ia juga bertindak seperti tutor dalam mencadangkan menu harian yang bertepatan dengan keperluan kalori yang disarankan oleh pakar.Dalam projek ini akan menggunakan model Ait-Terjun. Pemilihan model ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah disebabkan model ini senang digunakan dan mudah diterangkan kepada pengguna yang tidak biasa dengan pembangunan sistem. Maklumat-maklumat yang diperlukan dalam membangunkan sistem ini diperolehi daripada pakar domain, majalah, buku dan internet. Sistem yang akan dibangunkan ini mempunyai ciri-ciri yang mesra pengguna, senang digunakan dan pintar. Perisian yang digunakan dalam membangungkan sistem ini ialah Microsof Visual Interdev, Adobe Photoshop, Active Server Page(ASP) dan pangkalan data MySQL.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Diet seimbang; Weight Losss and Nutritional Advisory System; Pemakanan seimbang
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 26 Mar 2020 10:27
    Last Modified: 26 Mar 2020 10:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11123

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item