Ng , Swee Lin (1991) Kepercayaan agama di kalangan pelajar-pelajar Cina Universiti Malaya / Ng Swee Lin. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (2992Kb) | Preview |
Abstract
Masyarakat Cina di Malaysia lazim dianggap sebagai satu kumpula etnik yang kurang mengambil tahu tentang ajaran-ajaran agama. Kebanyakkan keluarga Cina menganut apa yang dinamakan sebagai ‘Chinese religion’ iaitu kepercayaan tradisional mereka. Dalam kajian ini, pelajar-pelajar Cina FSSS, UM dijadikan sampel untuk meninjau kepercayaan keagamaan di kalangan generasi muda masyarakat Cina di Malaysia. Dua persoalan utama dibincangkan iaitu sejauh manakah latar belakang agama keluarga mempengaruhi kepercayaan agama generasi muda dan sejauh manakah pengaruh kehidupan kampus ke atas kepercayaan keagamaan mereka. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan bahawa wujud satu pertalian di antara latar belakang agama keluarga dengan pilihan agama generasi muda. Didapati bahawa kes conversion jarang berlaku dikalangan mereka yang berasal dari keluarga Buddhist atau Kristian. Pada keseluruhannya, kehidupan kampus membuka peluang kepada para pelajar Cina untuk mengetahui tentang sesuatu agama dengan lebih mendalam. Tetapi pengaruh ini adalah berbeza ke atas individu-individu yang berlainan bergantung kepada faktor-faktor subjektif seperti sikap dan keinginan mereka. Dalam pada itu, organisasi-organisasi agama juga memainkan peranan yang amat penting di kalangan pelajar-pelajar Cina di UM. Selain daripada dua persoalan di atas, kajian juga menunjukkan tentang terdapatnya suatu gejala kemerosotan “Chinese religion” di kalangan generasi muda. Menurut tanggapan pengkaji, kemerosotan tersebut akan diambil alih oleh kebangkitan agama Buddha dan Kristian di kalangan generasi muda Cina.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991. |
Uncontrolled Keywords: | Masyarakat Cina; Agama; Pelajar Cina Universiti Malaya; Generasi muda; Kepercayaan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 25 Mar 2020 10:50 |
Last Modified: | 25 Mar 2020 10:50 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11133 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |