Kebiasaan dan minat membaca di kalangan pelajar tingkatan enam (Satu kajian ke ke atas sebuah sekolah menegah di Kuantan) / Lee Peck Ee

Lee , Peck Ee (1987) Kebiasaan dan minat membaca di kalangan pelajar tingkatan enam (Satu kajian ke ke atas sebuah sekolah menegah di Kuantan) / Lee Peck Ee. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (15Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu kajian kes ke atas sebuah sekolah menengah di Kuantan dengan tujuan utama untuk meneliti minat dan kebiasaan membaca di kalangan pelajar tingkatan enam. Hasil kajian dirakamkan dalam V bab. Sebagai pengenalan, bab I dimulakan dengan seperti tujuan, bidang dan kepentingan kajian, kaedah penyelidikan, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian ini serta cara-cara untuk mengatasinya. Bab II mentakrifkan beberapa konsep penting yang digunakan sepanjang penulisan latihan ilmiah ini iaitu minat, kebiasaan, sikap, motivasi dan tujuan membaca. Dalam bab ini juga dihuraikan beberapa ciri minat golongan remaja, kematangan pembacaan dan fungsi-fungsi kegiatan membaca dalam masyarakat moden. Bab III menghuraikan profil sampel kajian dari segi latar belakang respeonden dan tempat kajian. Ini diikuti dengan analisa data mengenai pola-pola pembacaan responden. Bab IV membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pola-pola dan kegiatan membaca di kalangan responden. Antara faktor-faktor yang dikaji termasuklah peranan keluarga, status sosio-ekonomi, kegiatan masa lapang, masa, perpustakaan sekolah, tujuan dan motivasi membaca dan sikap terhadap kegiatan membaca. Bab V merumuskan seluruh hasil kajian dan disudahi dengan pengenalan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah kurangnya minat membaca di kalangan pelajar sekolah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Budaya membaca; Pelajar tingkatan enam; Motivasi membaca; Majalah hiburan; Dewan Masyarakat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Apr 2020 03:27
    Last Modified: 14 Apr 2020 03:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11149

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item