Televisyen dan kesan pengaruhnya ke atas kanak-kanak: Satu kajian perbandingan antara jantina / Engku Ibrahim

Engku, Ibrahim (1980) Televisyen dan kesan pengaruhnya ke atas kanak-kanak: Satu kajian perbandingan antara jantina / Engku Ibrahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang dibuat adalah pada satu seginya bertujuan untuk melihat corak reaksi tingkah laku kanak-kanak berserta para ibu bapa masing-masing terhadap televisyen dan dari segi yang lainnya pula meneliti apa jua kesan-pengaruh yang dianggap sebagai didatangkan oleh media tersebut ke atas para audien yang "setia" kepadanya. Fokas utama kajian ini adalah dipusatkan kepada kanak-kanak berumur antara 8-10 tahun, dimana tumpuannya didekatkan lagi kepada analisa perbandingan jantina antara kanak-kanak bersebut berkait dengan pendedahan mereka kepada televisyen. Skop kajian adalah meliputi aspek-aspek hubungan para ibu dan anak mereka masing-masing terhadap pola tontonan televisyen, sikap dan pandangan masing-masing pihak terhadap satu-satu unsur di televisyen, pemilihan program/siri-siri yang diminati, disiplin anak-anak berkait dengan televisyen dan pengdalan penjenisan jantina kanak-kanak berhubung dengan media tersebut. Bagi pihak kanak-kanak itu pula penelitian ke atas unsur-unsur perbedaan jantina dalam hal-hal tertentu seperti corak peniruan yang dibuat, pemllihan program-program yang menjadi kegemaran, identifikasi mereka kepada watak-watak di televisyen, kegiatan masa lapang dan pengaruh siri-siri bercorak keganasan ke atas sikap dan tingkahlaku mereka juga telah dibuat. Dari keputusan yang didlapati jelas terlihat wujudnya hubungan tertentu antara kanak-kanak tersebut dengan para ibu mereka masing-masing. Begitu juga halnya dengan kanak-kanak itu sendiri di mana unsur-unsur perbedaan jantina adalah kedapatan dari segi sikap, pandangan, kadar peniruan, identifikasi dan pengaruh berkait dengan pendedahan mereka kepada media tersebut.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980.
    Uncontrolled Keywords: Televisyen; Tingkah laku kanak-kanak; Media; Ibu bapa; Pengaruh bercorak keganasan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Apr 2020 03:23
    Last Modified: 14 Apr 2020 03:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11150

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item