Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir

Norizan , Kadir (2016) Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (198Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (3652Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini membincangkan tentang tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) dan impaknya terhadap hubungan bilateral Filipina dan Malaysia dari tahun 1962 hingga 1998. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana tuntutan Filipina ke atas Sabah mempengaruhi hubungan bilateral Filipina dan Malaysia dalam aspek kerjasama politik, sosial dan ekonomi. Kajian ini juga turut memfokuskan kepada perubahan polisi luar Filipina terhadap Sabah sejak pemerintahan Presiden Diosdado Macapagal hingga era Presiden Fidel V. Ramos. Dalam konteks ini juga, perbincangan turut menyentuh mengenai perkembangan, kesinambungan dan trend tuntutan dari tahun 1962 hingga 1998. Tempoh kajian bermula pada tahun 1962 kerana pada tahun itu Filipina telah menghantar aide-memoire pertamanya kepada Kerajaan British bagi mencabar kedaulatan dan pemilikan sebenar ke atas Borneo Utara. Tempoh kajian ditamatkan pada tahun 1998 iaitu selepas berakhirnya pemerintahan Presiden Fidel V. Ramos sebagai Presiden Filipina kerana pada ketika itu polisi tuntutan ke atas Sabah sudah tidak lagi menjadi agenda nasional Filipina. Kaedah penyelidikan berbentuk kepustakaan dan kajian lapangan telah dilaksanakan bagi mendapatkan data-data daripada sumber primer dan sekunder. Antara sumber primer yang dirujuk dalam kajian ini termasuklah laporan, dokumen perjanjian, surat-menyurat, keratan akhbar, minit mesyuarat, warta kerajaan, memorandum, teks ucapan serta terbitan rasmi kerajaan. Rujukan yang ekstensif juga turut dibuat ke atas rekod-rekod British seperti Colonial Office (CO), Foreign Office (FO), Foreign and Commonwealth Office (FCO) dan Dominion Office (DO). Sumber-sumber sekunder pula termasuklah buku, jurnal, artikel, kertas-kertas persidangan, tesis, latihan ilmiah dan bahan-bahan lain yang berautoriti. Kajian ini juga menggunakan pendekatan sejarah diplomatik (diplomatic historical approach) bagi menganalisis hubungan bilateral Filipina dan Malaysia. Kajian ini menunjukkan, polisi tuntutan Filipina ke atas Sabah telah menjejaskan hubungan diplomatik Filipina dan Malaysia apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menangguhkan hubungan diplomatik sehingga pertikaian ke atas Sabah kembali reda. Pasca pembentukan Malaysia juga memperlihatkan keengganan Filipina untuk mengiktiraf kedaulatan Malaysia kerana tidak berpuas hati di atas kegagalannya mendapatkan Sabah. Hubungan luar Filipina dan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan turun naik sepanjang tempoh berlangsungnya tuntutan Filipina ke atas Sabah. Pertikaian ke atas Sabah bukan sahaja menjejaskan hubungan diplomatik Filipina- Malaysia, ia bahkan turut menjejaskan kerjasama serantau. Hal ini terbukti apabila pertubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961 akhirnya dibubarkan lantaran kegagalan kedua-dua pihak tersebut mencapai kata sepakat dalam isu Sabah. Kajian ini juga menunjukkan, kegagalan dalam hubungan diplomatik itu turut menjejaskan kerjasama dalam aspek ekonomi dan sosial. Tidak banyak kerjasama ekonomi yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Hal ini demikian kerana, Filipina menentang mana-mana kerjasama yang boleh mendatangkan prejudis terhadap tuntutannya ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, ketika Filipina menukar polisi tuntutannya kepada dormant claim dan backburner, kerjasama ekonomi dan sosial menunjukkan perkembangan yang positif terutamanya ketika era pemerintahan Presiden Ramos. Kajian ini membuktikan bahawa tuntutan Filipina ke atas Sabah bukan sahaja menjejaskan hubungan diplomatik Filipina-Malaysia, bahkan turut menjejaskan kerjasama sosioekonomi dan kestabilan serantau.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 2016.
      Uncontrolled Keywords: Hubungan Filipina-Malaysia; Polisi luar; Hubungan bilateral; Sabah; Association of Southeast Asia (ASA)
      Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CD Diplomatics. Archives. Seals
      H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 19 May 2020 01:12
      Last Modified: 19 May 2020 01:12
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11160

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item