Pendidikan kanak-kanak cacat pendengaran / Rodhiah Jaafar

Rodhiah , Jaafar (1991) Pendidikan kanak-kanak cacat pendengaran / Rodhiah Jaafar. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk melihat pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak cacat pendengaran di Sekolah Orang-Orang Pekak Selangor (SSD). Pendidikan penting dalam membina dan memajukan seseorang individu. Ia perlu diterima oleh setiap kanak-kanak tidak kira normal atau cacat. Pendidikan kanak-kanak cacat walaupun serupa dengan pendidikan kanak-kanak lain tetapi masih terdapat perbezaan yang memerlukan perhatian kepada masalah kekurangan mereka. Dalam kajian ini, pengkaji hanya melihat pendidikan yang diberikan tanpa mendalami proses pendidikan itu dijalankan. Bab I menerangkan langkah-langkah yang dilakuka dalam membuat penyelidikan. Bab II pula menerangkan keadaan kanak-kanak pekak serta sebab-sebab kecacatan ini. Di sini juga dilihat sedikit sejarah SSD yang menjadi lokasi kajian serta menerangkan peringkat persekolahan yang disediakan di sini. Bab III, kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum dihuraikan. Seperti juga sekolah biasa, SSD memberikan bidang pelajaran KBSR dan KBSM. Untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini, satu kurikulum khas disediakan. Sebagai perlaksanaan pendidikan, bab ini menulis tentang kaedah dan teknik dalam proses pengajaran-pembelajaran. Di samping itu, disentuh juga tentang peperiksaan sebagai proses penilaian terhadap apa yang telah dipelajari dari kurikulum tersebut. Bab IV menerangkan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi pencapaian persekolahan kanak-kanak. Tidak dinafikan, untuk mencapai sesuatu, kita perlu ada usaha dan sokongan. Oleh itu, keadaan sosial yang dibincangkan boleh menentukan ke atah mana pencapaian itu. Bab V pula menyentuh mengenai masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan pihak sekolah. Masalah-masalah ini sekiranya tidak di atasi akan menjejaskan prestasi kanak-kanak dan sekolah. Cara-cara mengatasi masalah juga disertakan. Bab VI merupakan bab akhir. Seluruh penulisan ditamatkan dalam bab ini. Di samping itu, beberapa cadangan dikemukakan kepada oihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat supaya dapat meninggikan tahap pencapaian kanak-kanak dalam pendidikan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991.
    Uncontrolled Keywords: Kanak-kanak cacat pendengaran; Sekolah Orang-Orang Pekak Selangor (SSD); Pendidikan; Sokongan; Pencapaian
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    L Education > LC Special aspects of education
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 May 2020 07:44
    Last Modified: 21 May 2020 07:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11177

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item