Profil perogol di Negeri Sembilan / Nor Izah

Nor Izah, - (1989) Profil perogol di Negeri Sembilan / Nor Izah. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah hasil dari kutipan data-data yang diperoleh daripada fail-fail polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Seremban, Negeri Sembilan. Dalam bab I, pengkaji telah menulis tentang perkara-perkara asas dalam penyelidikan seperti latar belakang penyelidikan, skop, kepentingan, masalah kajian serta teori-teori. Selain itu, pengkaji juga memberi definisi rogol dan bentuk-bentuk perogol. Dalam bab II pula, pengkaji membincangkan tentang umur perogol dan hubungannya dengan umur mangsa, bangsa perogol dan dikaitkan pula dengan umur mereka. Bab III pula menyentuh tentang sebab-sebab perogol merogol dan maklumat ini adalah berdasarkan pengakuan progol kepada pihak polis. Pengkaji juga memperkatakan tentang hubungan antara perogol dengan mangsa dan akhirnya mengenai kekerapan perogol merogol mangsa. Bab IV membicarakan tentang taraf perkahwinan perogol dan hubungannya dengan taraf perkahwinan mangsa serta tempat tinggal perogol dan tempat kejadian. Aspek-aspek tersebut juga dikaitkan dengan teori dan cuba melihat faktor-faktor yang mungkin terlibat dalam mendorong perlakuan merogol mereka. Dalam bab V, pengkaji menyentuh tentang cara-cara perogol menarik mangsanya. Akhirnya pengkaji membuat kesimpulan tentang keseluruhan hasil kajian.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.
    Uncontrolled Keywords: Perogol; Penyelidikan; Perlakuan merogol; Jenayah seksual; Masyarakat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 Aug 2020 08:41
    Last Modified: 28 Aug 2020 08:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11183

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item