Norhayati, Abdul Rahman Araby (2001) Pakej pembelajaran multimedia sains UPSR, menyiasat alam kehidupan (PPMS) / Norhayati Abdul Rahman Araby. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (22Mb) | Preview |
Abstract
Pakej Pembelajaran Multimedia Sains UPSR ini merupakan satu pakej pembelajaran dan pengajaran multimedia bagi matapelajaran Sains Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Pakej ini mengkhususkan kepada salah satu daripada lima topik yang terdapat dalam sukatan matapelajaran Sains KBSR iaitu Menyiasat Alam Kehidupan yang memfokuskan kepada subjek-subjek tahun empat, lima dan enam. Objektif utama pakej ini dibangunkan adalah untuk berfungsi sebagai satu alat bantuan belajar kepada para pelajar serta sebagai alat bantuan mengajar kepada guru atau ibubapa. Selain menyediakan nota-nota pembelajaran, pakej ini juga menyediakan pelbagai corak kuiz bagi menguji kefahaman pengguna. Pakej ini telah dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Lingo Script di bawah persekitaran Windows. Gabungan pelbagai jenis data yang digunakan seperti teks, grafik, bunyi, animasi dan klip video bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembelajaran ang lebih interaktif dan menarik. Ianya bagi meningkatkan pemahaman serta menarik minat pelajar mendalami matapelajaran Sains KBSR. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan berbudaya sains dan teknologi yang bermoral tinggi. Dengan itu, adalah amat diharapkan pakej ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada para penggunanya.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001. |
Uncontrolled Keywords: | Pakej pembelajaran dan pengajaran multimedia; UPSR; KBSR; Sekolah rendah; Matapelajaran sains |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 02 Jun 2020 03:06 |
Last Modified: | 02 Jun 2020 03:06 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11235 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |