Kedudukan sosio-ekonomi pekerja ladang getah di estet Sg. Bagan, Machang, Kelantan / Ab. Aziz Mohammad

Ab. Aziz , Mohammad (1986) Kedudukan sosio-ekonomi pekerja ladang getah di estet Sg. Bagan, Machang, Kelantan / Ab. Aziz Mohammad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam tulisan ilmiah ini, fokus kajian penulis adalah terhadap kedudukan sosio-ekonomi ke atas satu komuniti pekerja ladang getah di Sg. Bagan, Machang, Kelantan. Pada bab I, penulis menghuraikan secara ringkas latar belakang kajian iaitu tujuan dan bidang kajian serta kepentingannya. Dihuraikan juga metodologi yang digunakan dalam kajian serta masalah-masalah yang timbul. Pada bab II, akan disentuh mengenai latar belakang kawasan kajian iaitu meliputi kedudukan dari segi ilmu alam, data-data penduduk, pentadbiran kawasan kajian serta latar belakang komuniti. Bab III akan diterangkan dengan beberapa konsep mengenai sektor perladangan getah di Malaysia, sejarah perladangan getah di Kelantan, peranan Kesatuan Sekerja (NUPW) dan teknologi pengeluaran getah. Seterusnya dalam bab IV, penulis akan menerangkan dan membincangkan keadaan sosio-ekonomi ketua keluarga dan komuniti pekerja ladang getah dalam aspek-aspek pendapatan, pola perbelanjaan, pekerjaan dan pendapatan kaum wanita, keadaan rumah, kemudahan asas dalam rumah, kemudahan kesihatan dan pendidikan. Dalam bab V, penulis akan membuat kesimpulan dan rumusan tentang apa yang dibincangkan dalam bab-bab sebelumnya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Pekerja ladang getah; Sosio-ekonomi; Pentadbiran kawasan; Kesatuan Sekerja (NUPW); Kemudahan kesihatan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 05 Jun 2020 05:12
    Last Modified: 05 Jun 2020 05:12
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11246

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item