Sistem laporan pengajaran pensyarah / Hani Fadhlina Abdul Rahman

Hani Fadhlina, Abdul Rahman (2001) Sistem laporan pengajaran pensyarah / Hani Fadhlina Abdul Rahman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (22Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan Ilmiah 1 ( WXET 3181 ) - Tesis 1 diwajibkan ke atas setiap pelajar yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer & Teknologi Maklumat di Universiti Malaya. Pelajar dikehendaki membangunkan satu sistem mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Saya telah ditugaskan untuk membangunkan Sistem Laporan Pengajaran Pensyarah. Saya telah mengambil Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat sebagai kajian kes saya. Sistem yang akan dibangunkan ini akan memudahkan pensyarah-pensyarah merekodkan proses pengajaran mereka. Pensyarah-pensyarah akan dapat merekodkannya secara lebih sistematik. Projek ini akan dibangunkan dengan menggunakan perisisan Lotus Notes. Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang perisian ini saya telah melakukan beberapa kajian dan pencarian. Bebarapa buku mengenai Lotus Note dirujuk bcgitu juga dengan penggunaan sepenuhnya internet di makmal tahun akhir. Laporan yang disediakan ini akan mengandungi tiga bab utama yang terbahagi kepada bab 1 bab 2 dan bab 3. Bab I merupakan pengenalan kepada projek yang akan dibangunkan. Di dalam bab ini saya mengulas tentang definisi projek, objektif projek dan skop projek. Dengan adanya bab ini kita akan dapat mengetahui secara ringkas tentang fungsi-fungsi yang akan dimainkan oleh projek ini termasuklah faedah-faedah yang diperolehi dari projek ini. Secara keseluruhan matlamat utama projek ini dibangunkan ialah untuk memudahkan lagi pengurusan laporan pengajaran pensyarah. Semuanya boleh dilakukan secara elektronik dan sistematik. Bab 2 pula adalah ulasan kesusasteraan yang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pencarian maklumat, ringkasan, analisis maklumat dan juga gambar ataupun sintesis projek. Kerja luar telah dilakukan untuk melihat bagaimana sesuatu perkara itu terjadi. Ini perlu kerana tidak semua maklumat boleh didapati di perpustakaan. Satu sesi soal selidik dan temubual telah dilakukan. Bab yang terakhir pula adalah mengenai bagaimana perancangan-perancangan dan prosedur-prosedur untuk membangunkan projek. Memilih model yang akan digunakan untuk membangunkan projek. Saya juga ada mengulas mengapa model itu dipilih. Selain memperolehi pengetahuan yang baru berkaitan dengan dunia teknologi maklumat, latihan ilmiah satu ini juga amat membantu saya dalam memahami dengan lebih jelas bagaimana peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang perlu diikuti untuk membangunkan sesuatu sistem. Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah belajar melalui pengalaman dan kesilapan merupakan cara terbaik untuk mcmpelajari sesuatu ilmu. Teori ahaja tidak memadai dalam memahami aplikasi sesuatu subjek yang dipelajari. Latihan Ilmiah ini juga memberi pendedahan kepada saya dalam cara serta teknik berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka-mereka yang lebih berpengalaman, yang berbeza peringkat umur, status dan jantina.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Sistem pengajaran; Pengurusan data pelajar; Web based; Pensyarah
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 26 Jun 2021 01:15
    Last Modified: 26 Jun 2021 01:15
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11262

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item