Sistem jigsaw puzzle (jigsaw puzzle creator) / Nur Mutmainnah Muntalip

Nur Mutmainnah, Muntalip (2005) Sistem jigsaw puzzle (jigsaw puzzle creator) / Nur Mutmainnah Muntalip. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (34Mb) | Preview

    Abstract

    Pendidikan boleh diterapkan bukan sahaja dalam keadaan formal malah boleh juga dalam pendekatan baru iaitu dalam bentuk permainan. Justeru, saya telah memilih Sistem Jigsaw Puzzle sebagai tajuk projek saya. Sistem ini merupakan permainan yang berbentuk pembelajaran. Sistem ini menawarkan gambar-gambar yang berkaitan dengan subjek-subjek yang dipelajari di tadika dan di sekolah rendah yang mana boleh dibuat jigsaw puzzle. Pendekatan pembelajaran berasaskan permainan ini ialah sebagai satu usaha untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak terhadap subjek-subjek yang dipelajari di sekolah secara lebih efektif. Permainan jigsaw puzzle ini dibangunkan dengan menerapkan konsep multimedia yang mana mengintegrasikan teks, grafik, animasi dan audio ke dalam paparan permainan, untuk menjadikan permainan tersebut lebih menarik. Sistem ini meliputi subjek-subjek seperti geografi matematik, sains, dan dua modul tambahan iaitu pengetahuan am dan uji minda. Di samping itu, sistem ini merupakan sistem yang berasaskan web yang disasarkan bagi kanak-kanak yang berumur 5- 8 tahun dan guru-guru di sekolah rendah sebagai sumber pengajaran. Secara tidak langsung, sistem ini merupakan satu pendedahun awal kepada kanak-kanak terhadap penggunaan komputer dalam sistem pembelajaran sekarang. Selain itu sistem ini dibangunkan dengan perisian- perisisan seperti, Macromedia Dream weaver MX, Jigsaw Puzzle Creator 1.2, Switch v2.0 Sound Forge 6.0, dan Adobe Photoshop 7.0. Akhir sekali, saya berharap agar sistem ini mampu memberi ilmu yang dapat dimanfaatkan di samping dapat menikmati keseronokan bermain. Sistem ini juga diharap dapat memberikan suatu proses pembelajaran yang lebih menarik supaya pengguna dapat menguji potensi diri, melatih pengguna untuk berfikir dengan cepat dan mempunyai keyakinan diri terhadap keputusan yang dibuat.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004/2005.
    Uncontrolled Keywords: Permainan berasaskan pendidikan; Jigsaw puzzle; Konsep multimedia
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 26 Jun 2021 01:12
    Last Modified: 26 Jun 2021 01:12
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11263

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item