Analisis leksis Bahasa Cina yang berkaitan dengan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia / Tong Yie Nee

Tong, Yie Nee (2017) Analisis leksis Bahasa Cina yang berkaitan dengan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia / Tong Yie Nee. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (199Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (1321Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi suku kata leksis dan menganalisis struktur pembentukan leksis bahasa Cina yang diguna di ruangan berita tempatan yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily. Data kajian dipilih secara teliti daripada ruangan tersebut antara awal bulan April dan akhir bulan Mei 2013. Daripada ruangan berita berkenaan, leksis bahasa Cina yang dikumpul sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia didapati mengalami perubahan makna setelah membuat perbandingan dengan makna asas. Rujukan utama ialah kamus “Xiandai Hanyu Cidian” edisi keenam, terbitan The Commercial Press, Beijing 2012. Hasilnya sebanyak 78 leksis bahasa Cina dalam konteks politik telah dikenalpasti dan dikumpul. Didapati bahawa leksis yang terdiri daripada trisuku kata paling banyak diguna pakai iaitu 42 item leksis. Terdapat 1 (atau 1.3%) leksis majmuk bahasa Cina terdiri daripada kombinasi kombinasi kata yang sama jenis. 2 (atau 2.6%) leksis majmuk bahasa Cina yang terdiri daripada kata kerja dengan adverba. 3 (atau 3.8%) leksis majmuk bahasa Cina yang terdiri daripada kombinasi subjek dengan predikat, dan 20 (atau 25.6%) leksis majmuk bahasa Cina terdiri daripada kombinasi kata kerja dengan kata nama. Sebanyak 52 (atau 66.7%) leksis majmuk bahasa Cina yang terdiri daripada kombinasi penerang dengan kata dasar. Antara enam struktur pembentukan leksis majmuk, leksis majmuk yang terdiri daripada kombinasi penerang dengan kata dasar merupakan struktur pembentukan leksis yang paling banyak diguna pakai oleh pengguna semasa PRU Ke-13. Leksis majmuk kata berulang yang membawa maksud konteks tidak diguna pakai langsung. 78 leksis bahasa Cina juga dikaji maknaya dari segi makna perluasan, makna metafora, makna pinjaman dibanding dengan makna asal dalam konteks politik. Sebagai kesimpulan, 3 leksis bermakna pinjaman; 26 leksis bermakna metafora; 49 leksis mempunyai perluasan makna jika dibanding dengan makna asas. Kajian pengumpulan dan penganalisisan leksis-leksis bahasa Cina membantu membina korpus leksikal bahasa Cina di Malaysia semasa PRU Ke-13.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Leksis bahasa Cina; Kempen pilihan raya; Politik; Konteks
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 17 Jun 2020 02:50
      Last Modified: 14 Jan 2021 07:34
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11290

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item