Jo-Ann Lim , Guat Lee (1991) Nilai dan gaya hidup anak-anak darah kacukan / Jo-Ann Lim Guat Lee. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (8Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat nilai dan gaya hidup anak-anak darah kacukan. Untuk menjadikan kajian ini lebih berkesan, pengkaji mengambil satu kumpulan responden-responden anak-anak bukan darah kacukan bagi tujuan perbandingan. Latihan ilmiah ini mengandungi lima bab. Dalam bab pertama, pengkaji menerangkan objektif kajian, konsep-konsep yang digunakan. tempat dan jangkamasa kajian, pemilihan responden, kaedah kajian , masalah- masalah yang dihadapi semasa kajian dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Bab 2 membincangkan kawasan-kawasun kajian iaitu Sekolah Jururawat Tun Tan Cheng Lock dan Universiti Malaya. Pengkaji memberi penjelasan tentang latarbelakang kedua-dua kawasan dan peratusan sampel yang diambil di situ. Bab 3 ialah penganalisaan data di mana pengkaji membincangkan latarbelakang para responden, motivasi-motivasi yang membawa kepada berlakunya perkahwinan campur dan pemilihan pasangan hidup oleh para responden. Bab 4 mengukur nilai dan gaya hidup para responden dengan menggunakan faktor kebudayaan yang meliputi pandangan-pandangan para responden terhadap adat, perayaan, pakaian dan makanan. Bab terakhir, iaitu bab 5 merumuskan hasil-hasil penemuan dalam bab 3 dan 4.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991. |
Uncontrolled Keywords: | Kacukan; Perkahwinan campur; Kebudayaan; Berbilang bangsa; Perbezaan budaya |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 17 Jun 2020 02:32 |
Last Modified: | 17 Jun 2020 02:32 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11306 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |