Kepimpinan masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah di Pantai Halt, Wilayah Persekutuan / Hamdan Hj Nordin

Hamdan, Hj Nordin (1978) Kepimpinan masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah di Pantai Halt, Wilayah Persekutuan / Hamdan Hj Nordin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini berkisar kepada dua bentuk kepimpinan yang terdapat di Kawasan Pantai Halt, Wilayah Persekutuan. Kedua-dua pertubuhan ini mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu dalam menghadapi segala cabaran hidup dikawasan tersebut. Justeru itu, masing-masing pertubuhan mempunyai sifat-sifat yang tertentu yang begitu ketara; satu yang bercorakkan politik dalam tema perjuangannya dan satu lagi menumpukan lebih kepada pembangunan golongan remaja. Kedua-dua pertubuhan tersebut ialah pergerakan UMNO dan pergerakan Belia 4B. Pergerakan UMNO merupakan satu pertubuhan yang lebih tua usianya. Ia mula ditubuhkan dikawasan ini sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan sejak dari Tarikh tersebut membawa kehari ini pertubuhan-pertubuhan itu dipimpin oleh kumpulan kekeluargaan. Keadaan yang demikian yang telah mencetuskan pandangan yang tidak sihat terhadap organisasi tersebut dari sebilangan besar penduduk di Pantai Halt. Tetapi bagi pergerakan Belia 4B sebaliknya, ia memberi nadi dan nafas kepada sebahagian besar golongan remaja dan menjadi harapan ibu bapa. Usianya baru empat tahun tetapi ia telah menunjukkan banyak kemajuan dalam segala rancangan aktiviti sosialnya. Kajian ini akan menghuraikan secara terperinci tentang kepimpinan kedua-dua pertubuhan ini; juga tindak tanduk pucuk pimpinan dalam menghadapi segala cabaran hidup dikawasan perbandaran. Kawasan ini merupakan satu-satunya Kawasan yang belum begitu maju jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan tanah perumahan disekelilingnya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977/1978.
    Uncontrolled Keywords: Kepimpinan; Belia 4B; UMNO; Pendapatan rendah; Remaja
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 08 Jul 2020 03:04
    Last Modified: 08 Jul 2020 03:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11311

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item