Peralatan sokongan untuk perancangan sistem maklumat / Nurliza Mohd Nasir

Nurliza , Mohd Nasir (2004) Peralatan sokongan untuk perancangan sistem maklumat / Nurliza Mohd Nasir. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (24Mb) | Preview

    Abstract

    Projek ilmiah yang bertajuk 'Peralatan Sokongan Untuk Perancangan Sistem Maklumat' adalah satu projek yang dibangunkan untuk membantu para pengurus dalam menganalisa data utama / kritikal yang terkandung di dalam organisasi. Pelaksanaan projek ini bertujuan memudahkan pihak pengurusan melaksanakan tugasan di dalam organisasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Dengan kata lain, projek ini berperanan untuk membangunkan satu peralatan perisian yang dapat membantu para pengurus, atau pihak pengurusan dalam perancangan sistem maklumat yang strategik serta berkesan untuk kegunaan organisasi, Justeru, pembangun sistem bertanggungjawab untuk merancang satu stralegi dalam menghasilkan satu sistem perisianan yang efektif, serta berkesan yang dapat memenuhi keperluan pengguna dalam melaksanakan perancangan strategik pengurusan. Dari sudut kefungsian secara ringkasnya, sistem ini memberi tumpuan kepada fungsi penyimpanan data penambahan data, paparan data, pengeditan data, serta penghapusan data. Pengguna boleh menyimpan data mengikut kategori yang telah digariskan. Seterusnya, data tersebut boleh dipaparkan untuk tujuan penyemakan, atau penganalisaan. Jika pengguna berkehendak untuk mengubahsuai, atau menambah data daripada data yang sedia ada, pengguna boleh melakukannya dengan adanya fungsi pengeditan data. Bagi data yang tidak dikehendaki pula, ia boleh dihapuskan terus daripada pangkalan data. Kesimpulannya, projek ilmiah ini sebenarnya memainkan peranan penting bagi membantu pengurus, atau pihak pengurusan dalam menganalisa data yang diperoleh. Daripada analisa tersebut, pihak pengurusan boleh mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan mutu kerja sumber manusia, serta organisasi. Di samping itu, boleh dikatakan bahawa pembangunan sistem perisian ini adalah bertepatan dengan hasrat pimpinan negara yang mahu melihat perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: Teknologi maklumat; Peralatan sokongan; Penyimpanan data
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 01 Jun 2021 02:00
    Last Modified: 01 Jun 2021 02:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11324

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item