Sistem web fiqh pintar haji dan umrah / Zulkarnain Sadimin

Zulkarnain, Sadimin (2003) Sistem web fiqh pintar haji dan umrah / Zulkarnain Sadimin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (21Mb) | Preview

    Abstract

    Internet pada masa kini banyak menawarkan laman-laman web yang merangkumi pelbagai kategori. Antara web yang paling popular kini adalah yang berasaskan pendidikan pengetahuan, panduan dan cara. Statitik menunjukkan pelayar kini lebih berminat dalarn melayari web-web sebegini dalam mencari maklumat atau panduan. Objektif tesis ini ialah membina suatu Sistem Web Fiqh Pintar : Haji dan Umrah yang interaktif dengan skop yang lengkap yang merangkumi segala panduan mengenai ibadah haji dan umrah serta dapat menjawab segala soalan yang mengenainya. la merupakan satu web yang berasakan pengetahuan yang mempunyai modul maklumat dan soal jawab mengenai kedua ibadat ini. Sasaran adalah untuk kepada bakal-bakal haji. Selain itu ia juga dapat memberi panduan dan maklumat kepada golongan pelayar dewasa dan pelajar dalam menarik minat mereka mengenai rukun Islam kelima ini. Dalam melengkapkan tesis ini, segala maklumat berkaitan fiqh ibadat haji dan umrah dikumpul. Rujukun-rujukan daripada buku-buku yang berkaitan serta pertanyaan atau soal jawab juga dilakukan. Tesis ini dilakukan dengan kaedah atau metodologi pembangunan sistem yang berasaskan 'air terjun'. Ini kerana kaedah ini lebih mudah serta banyak kelebihan daripada kaedah-kaedah yang lain. Kesimpulannya, objektif tesis ini akan mencapai matlamatnya jika ia dapat membina satu web yang bukan saja memberi maklumat dan panduan tetapi dapat juga menjawab segala kemushkilan daripada pengguan mengenai ibadat haji dan umrah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Laman web; Pengurusan maklumat; Pengurusan data; Atas talian; Haji dan umrah
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 17 May 2021 01:40
    Last Modified: 17 May 2021 01:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11336

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item