Kassim, Ahmad (1961) Sha'ir Musuh Kelantan / Kassim Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Naskah ini telah diperolehi dari seorang dalang di Kota Bharu, Kelantan, bernama Nik Abdul Rahman bin Haji Nik Dir (terkenal dengan nama panggilan Pak Nik Man) dan telah difotostatkan. Bidang halamannya 82x7 dan muka suratnya tidak bernomor, tetapi naskah fotostatnya ttelah dinomorkan. Naskah ini mengandungi 166 halaman; halaman 1 sampai 100 memuatkan teka Shair Musuh Kelantan, sementara halaman 101 sampai 162 memuatkan sebuah cherita lain pula. Halaman 163 dan 164 mengulangi halaman 1 dan 2 dan halaman 165 tidak mengulangi mana2 halaman dalam bahagian Shair Musuh Kelantan, tetapi, nampaknya, ia merupakan sebahagian daripada teks(lihat lampiran III). Pada halanab 166, halaman penghabisan dalam naskah fotostar, ada sebuah chatatan yang ditandatangani oleh seorang Tengku Abdul Rahman Seriwa(lihat lampiran II). (Pada hujung Shair Musuh Kelantan terdapat juga satu chatatan yang ditandatangani olehnya, tetapi tidak serupa-lihat LampIran I). Naskah ini pangkalnya dan hujungnya sudah tiada lagi.
Actions (For repository staff only : Login required)