Pengaruh aliran Salafiyyah dalam kalangan pelajar Pengajian Islam universiti awam di Lembah Klang / Noorul Husna Myiddin

Noorul Husna , Myiddin (2018) Pengaruh aliran Salafiyyah dalam kalangan pelajar Pengajian Islam universiti awam di Lembah Klang / Noorul Husna Myiddin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1693Kb) | Preview

    Abstract

    Pengaruh aliran Salafiyyah di Malaysia telah bermula pada awal abad ke-20 dan berterusan sehingga pada hari ini. Kewujudan aliran ini telah memberi kesan yang besar terhadap perkembangan agama Islam dalam negara. Penggunaan teknologi maklumat telah menyebabkan perdebatan yang berterusan bagi isu-isu kontroversi seperti khilafiyyah, bid‘ah, ketaasuban mazhab dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengaruh aliran Salafiyyah dalam kalangan pelajar pengajian Islam Universiti Awam di Lembah Klang. Kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan teknik kajian tinjauan telah dilakukan kepada 340 responden yang terdiri daripada pelajar pengajian Islam di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Malaysia mengunakan borang soal-selidik. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) for Windows Version 23 dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian Mann-Whitney dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa kefahaman terhadap konsep Salafiyyah dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang sederhana iaitu (63.8%) dan kecenderungan terhadap aliran Salafiyyah pada tahap yang rendah iaitu (7.4%). Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap aliran Salafiyyah iaitu ( z=-2.181, p < 0.5), manakala terdapat hubungan yang lemah antara tahap kefahaman dan tahap kecenderungan dengan Nilai r=0.329 sig=.0.000 (p< 0.01).

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Aliran Salafiyyah; Ekstremisme; Wasatiyyah; Tradisionalisme; Khilafiyyah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
    B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 08 Jul 2020 07:14
    Last Modified: 08 Jul 2020 07:14
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11368

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item