SainsIT / Shalini Baskaran

Shalini , Baskaran (2003) SainsIT / Shalini Baskaran. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (42Mb) | Preview

    Abstract

    'SainsIT' adalah sebuah pensian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi matapelajaran Sains KBSR. Bagi tujuan projek ini, skop perisian 'SainsIT' difokuskan kepada sukatan pelajaran Sains Darjah 4. 'SainsIT' adalah sebuah perisian pembelajaran bermultimedia yang interaktif dan dinamik. Perisian ini boleh digunakan untuk pengajaran dalam bilik darjah ataupun sebagai ulangkaji iaitu 'supplementary' kepada pengajaran formalyang berlaku di sekolah. Tidak seperti kebanyakan pensian PBK di pasaran yang hanya memfokus kepada latihan atau nota, pensian 'SainsIT' adalah satu pakej pembelajaran yang lengkap. Modul notanya berperanan sebagai perisian tutorial di mana ia mengandungi nota lengkap yang dipersembahkan rnenggunakan elemen-elemen multimedia dalam persekitaran yang interaktif Modul latihannya pula adalah satu aplikasi latih tubi intensif yang menggunakan pelbagai jeni gaya soalan untuk menguatkan lagi proses pembelajaran. Ciri-ciri utama perisian 'SainsIT' adalah ciri dwibahasa di mana pelajar dapat memilih diantara Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Pelajar juga mempunyai kawalan penih ke atas penggunaan elemen media dalam perisian dan tahap pembelajaran. Pelajar dapat belajar mengikut kemampuan dan tahap sendiri. Dengan ciri 'tracking' pada perisian 'SainsIT', seorang pengguna dapat menilai dan melihat rekod pencapaiannya bagi setiap latihan dan kuiz. Disebabkan perisian ini adalah untuk pengguna sasaran kana-kanak, aspek rekabentuk antaramuka yang menarik dan merangsang adalah amat penting disamping penggunaan media seperti animasi dan audio.Secara amnya, perisian 'SainsIT' adalah satu perisian pembelajaran lengkap untuk kedua-dua pelajar dan guru. Ia adalah ramah pengguna dan dapat digunakan oleh semua tahap pengguna termasuk pelajar yang tidak pernah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Pakej pembelajaran; Subjek Sains; Elemen multimedia; Atas talian
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 05 Jul 2021 07:06
    Last Modified: 05 Jul 2021 07:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11491

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item