Affendy, Morni (1981) Sistem Perubatan tradisional dikalangan Masyarakat Melayu Sarawak / Affendy Morni. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian "exploratory" untuk menambahkan kefahaman sesiapa yang berminat dalam mengetahui institusi perubatan tradisional masyarakat Melayu, Sarawak. Penyelidikan ini khusus untuk menerangkan susunan (order) dalam kepercayaan dan pengamalan sistem magis/sihir dalam institusi perubatan lama ini. Bab II memperlihatkan kepercayaan dan pengamalan (secara ringkas) sistem perubatan tradisional di kalangan dua buah masyarakat tempatan Sarawak, yakni masyarakat Iban dan Melanau dan juga sedikitsebanyak penerangan mengenai konsep perubatan tradisional Melayu. Tinjauan selanjutnya mengenai sistem perubatan masyarakat Melayu boleh di lihat dalam Bab III yang memperlihatkan pandangan dunia/world view Melayu. Dal am Bab ini, pembaca boleh m mahami tentang kepercayaan-kepercayaan dan pandangan masyarakat Melayu mengenai asal-usul dunia dan manusia, kewujudan makhluk-makhluk dan kuasa ghaib dan juga world-view mengenai asal-usul dan punca penyakit. Dalam Bab IV seterusnya, pembaca boleh memahami bagaimana sistem magis ini dipraktikan berdasarkan world-view tadi. Bab ini juga menerangkan bagaimana upacara-upacara pengubatan dikendalikan dan perkara-perkara yang terlibat dalam upacara-upacara tersebut serta kepentingannya. Bab V memberitahu pembaca tentang pandangan pesakit-pesakit yang telah mendapatkan rawatan sistem perubatan moden terhadap sistem perubatan tradisional. Seterusnya dalam Bab VI, pembaca boleh mengetahui tentang kedudukan sistem perubatan tradisional Melayu dahulu, sekarang dan masa depannya, dan penerangan ringkas mengenai kemajuan dan perkembangan sistem dan perkhidmatan perubatan moden di Sarawak. Bab ini juga memperlihatkan lain-lain unsur magis dalam sistem perubatan lama ini dan juga menerangkan tentang perhubungan di antara pengamal-pengamal magis dengan orang ramai.
Actions (For repository staff only : Login required)