Peranan upacara dan pantang larang dalam Masyarakat Melayu Gemencheh / Zaimah Daud

Zaimah, Daud (1974) Peranan upacara dan pantang larang dalam Masyarakat Melayu Gemencheh / Zaimah Daud. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (34Mb) | Preview

    Abstract

    Dipercayai mula timbulnya kepercayaan adalah dari manusia primitif lagi iaitu masyarakat yang hidupnya serba simple. Dalam masyarakat simple aktiviti ekonomi ditumpukan kepada pertanian. Unit keluarga merupakan unit yang terpenting bagi pengeluaran. Mereka menjalankan ekonomi secukup hidup di mana hasil pengeluaran hanya cukup untuk memenuhi keperluan yang asasi bagi hidup mereka. Masyarakat simple suka hidup berkelompok yang tinggal di dalam satu kawasan. Tiap-tiap ahli anggota dalam kelompok mempunyai hubungan yang rapat berasaskan ikatan kekeluargaan. Sistem politik mereka juga simple yang hanya cukup untuk mengendalikan masyarakat yang kecil bilangan anggotanya. Sistem kepercayaan masyarakat simple adalah berunsur supernatural yang dikenal sebagai animisma iaitu mereka percaya kepada kuasa atau tenaga ghaib, hantu, jembalang, jin yang menjadi penunggu anasir-anasir alam seperti sungai, batu besar, pokok kayu, tasik, hutan rimba dan sebagainya. Wujudnya kepercayaan demikian adalah berkait rapat dengan hidup mereka sehari-hari di mana dalam memenuhi keperluan hidup masyarakat simple yang kekurangan alat-alat kelengkapan, mereka terpaksa menghadapi malapetaka atau bencana alam seperti banjir, kemarau, guruh dan kilat yang sentiasa menjadi tanda tanya dan di luar kekuasaan mereka.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1973/1974.
    Uncontrolled Keywords: Adat dan kepercayaan; Aktiviti ekonomi; Kepercayaan sosial; Masyarakat Melayu
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 10 May 2021 04:18
    Last Modified: 10 May 2021 04:18
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11639

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item