Peranan institusi informal dalam pembentukan solidarity / Mohd Hilmi Mohd Suhadis

Mohd Hilmi , Mohd Suhadis (1992) Peranan institusi informal dalam pembentukan solidarity / Mohd Hilmi Mohd Suhadis. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dilakukan sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera. Universiti Malaya. Kajian ini dijalankan di kampung Sungai Udang , Kelang iaitu mengenai sejauh mana institusi-institusi informal yang bergerak dalam masyarakat ini memainkan peranan bagi mewujudkan solidarity dalam masyarakat ini. Bab satu adalah membincnngkan mengenai objektif kajian ini dijalankan serta melihat latarbelakang kampung ini. Ini termasuklah mengenai lokasinya, panduduk dan pentadbiran kampung ini. Bab dua pula membincangkan mengenai konsep-konsep yang digunakan dan teori yang dipakai bagi menjalankan kajian ini. Antara konsep yang digunakan bagi menjalankan kajian ini termasuklah konsep mengenai institusi informal serta solidarity. Teori yang digunakan pula adalah teori Emilo Durkheim yang dihasilkan oleh belanu dalam bukunya Division of Labour in Society. Beliau telah mengemukakan dua idea dalam bukunya, iaitu mengenai solidarity yang wujud dalam masyarakat tradisi dan masyarakat modan. Bab tiga pula adalah membincangkan mengenai latarbelakang masyarakat kajian, iaitu mengenai latarbelakang sosioekonomi mereka dan hubungan yang terjalin diantara anggota masyarakat. Didapati hasil dari kajian yang dijalankan, struktur masyarakat Jawa ini adalah beragam. Ini adalah sebagai akibat dari proses-proses pembangunan yang diterimanya akibat dari kedudukannya yang berhampiran dengan bandar. Manakala hubungan yang dilalui oleh anggota masyarakat ini secara keseluruhannya adalah harmonis. Tetapi dari kajian yang dijalankan terdapat pola-pola hubungan yang berlainan dari aspek umur dan jantina. Bab empat pula adalah membincangkan mengenai analisa kajian ini secara terperinci. Bab ini adalah mengenai hubungan yang dijalani oleh anggota masyarakat dan faktor yang mempengaruhuinya. Di mana dalam bab ini pengkaji cuba melihat pola-pola penyertaaan individu masyarakat dalam pergerakkan institusi informal serta faktor yang mempengeruhinya. Analisa yang dijalankan adalah meliputi peingkat umur masyarakat dan jantina. Bab ini juga mengandungi analisa pengkaji mengenai kesan-kesan yang ditinggalkan akibat dari penyertaan tersebut terutamanya terhadap tingkat hubungan anggota masyarakat ini. Bab lima merupakan bab terakhir dalam kajian ini di mana dalam bab ini pengkaji akan memberikan rumusan-rumusan yang didapati terhadap masalah kajian yang mana mendapati sememangnya penyertaan indivisu dalam institusi informal adalah meninggalkan kesan terhadap tingkat hubungan anggota masyarakat ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.
    Uncontrolled Keywords: Masyarakat; Solidarity; Adat; Budaya moden; Tradisi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HM Sociology
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Mar 2021 02:07
    Last Modified: 24 Mar 2021 02:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11678

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item