Pakej pembelajaran tajwid al-Quran (Modul 1) / Khornelia Ramli

Khornelia , Ramli (2002) Pakej pembelajaran tajwid al-Quran (Modul 1) / Khornelia Ramli. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Tajwid al-Quran Modul 1 merupakan pakej pembelajaran ilmu tajwid secara multimedia yang dibangunkan untuk kegunaan golongan dewasa. Tujuan pakej ini diwujudkan adalah untuk menyed1akan alternatif kepada pengguna mempelajari asas ilmu tajwid dalam persekitaran yang interaktif, menarik dan mudah difahami. Di samping itu, pengguna boleh menilai tahap kefahaman mereka tentang ilmu tajwid dengan cuba menJawab kuiz dan teka silangkata yang disediakan. Pakej ini memfokus kepada topik cara-cara menyebut huruf-huruf arab dan hukum-hukum mad. Objektif projek adalah untuk membantu menarik minat dan meningkatkan lagi kefahaman pengguna dalam mempelajari ilmu tajwid dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang lnteraktif, menarik dan mudah difahami, menyediakan suatu persekitaran di mana pengguna boleh menguji kefahaman masing-masing melalui kuiz yang disediakan den menunjukkan bagaimana komputer dapat dimanfaatkan sebagai alat bantuan di dalam proses pengajaran. Metodologi pembangunan sistem yang digunakan untuk membangunkan Tajwid al-Quran Modul 1 adalah kombinasi Model Air Terjun dan Incremental Prototyping Analisa sistem dilaksanakan dan minggu ketiga Mac. 2001 hingga minggu ketiga April 2001 rekabentuk daripada minggu kedua April,2001 hingga minggu kedua Mei 2001. Perlaksanaan sistem dari minggu kedua Mei 2001 hingga akhir September 2001 dan pengujian sistem adalah sepanjang bulan September 2001. Aktiviti dokumentasi adalah bermula dari minggu ketiga April 2001 hingga selesai. Tajwid al-Quran Modul1 dibangunkan dengan menggunakan Maxromedia Director 8.0 Adobe Photoshop 5.0 dan MS Sound Recorder. Pakej ini terdiri darlpada empat modul utama iaitu pengenalan, belajar tajwid, kuiz dan teka silangkata. Modul pengenalan menyediakan definisi dan hukum mempelajari ilmu tajwid. Modul belajar tajwid menyediakan rujukan mengenai ilmu tajwid. manakala modul kuiz dan teka silangkata adalah untuk tujuan menguji kefahaman. Modul belajar tajwid dibahagikan kepada submodul cara sebut huruf-huruf arab den hukum-hukum mad. Dalam modul kuiz, dua siri kuiz disediakan mengikut pembahagian hukum-hukum mad tertentu den teko silangkata merangkumi keseluruhan hukum mad.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Tajwid al-Quran Modul 1; Pengujian unit; Pengujian integrasi; Skrip Lingo; Adobe Photoshop 6.0
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Sep 2020 07:08
    Last Modified: 09 Sep 2020 07:08
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11689

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item