Sistem Kekeluargaan dan Perkahwinan orang-orang Temuan Guntor, Negeri Sembilan / Badariah Ismail

Badariah, Ismail (1974) Sistem Kekeluargaan dan Perkahwinan orang-orang Temuan Guntor, Negeri Sembilan / Badariah Ismail. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (30Mb) | Preview

    Abstract

    Tiap-tiap keluarga orang asli mempunyai tanah masing-masing sendiri untuk dikerjakan. Mereka hampir semuanya adalah petani-petani secukup hidup. Seperti yang disebutkan mereka diberi oleh kerajaan 174 ekar tanah khas. Selain daripada itu ada pula rancangan baru kerajaan untuk meluaskan tanah mereka dengan membuka tanah berdekatan dengan tanah mereka itu. Tanah yang sedia ada itu mereka gunakan untuk menanam getah dan padi dan dusun. Kalau dianggarkan mereka ini mengerjakan tanah yang tidak lebih dari 5 ekar satu keluarga. Kebanyakan keluarga mengerjakan tanah yang kurang daripada itu. Masaalahnya disini bukanlah kerana mereka kekurangan tanh malah kalau hendak dikirakan tanah itu berlebihan bagi mereka. Soalnya di sini adalah soal kerajinan bekerja. Kebanyakkan mereka tidak mangambil berat sangat tentang mengerjakan tanah itu. Sawah ada tapi tidak berusaha untuk bersawah, getah ada tapi tidak ditoreh. Mereka bekerja bila mereka rasa mereka mahu. (Mereka banyak dan cepat mencari alasan untuk rasionalisasikan sikap mereka). Selalunya mereka akan menyatakan mereka sakit. Kadang-kadang ada juga terjadi seorang mempunyai tanah sawah dan getah tapi mengerjakan tanah orang asli yang lain. Walau bagaimana pun dengan pertolongan dari Jabatan Orang Asli mereka telah membeli alat moden untuk membajak tanah sawah mereka. Jadi bila mahu mengerjakan tanah sawah mereka akan bergotong-royong tapi hanya seorang sahaja yang menjalankan jentera moden ini. Orang ini telah sepakat mereka upahkan untuk menjalankan jentera itu. Selain daripada menoreh getah dan mengerjakan sawah, bagi orang laki-laki meraka pergi memburu dan berdamar di hutan. Berdamar ini hanyalah dilakukan bila mereka tidak bersawah atau pun musim daun getah gugur.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1973/1974.
    Uncontrolled Keywords: Sistem kekeluargaan; Orang asli; Adat perkahwinan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 25 May 2021 04:00
    Last Modified: 25 May 2021 04:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11695

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item