Khoo, Shih Chea (1993) Rumah Harapan / Khoo Shih Chea. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Masyarakat kita menjadi semakin kompleks apabila negara kita pesat membangun. Kini negara kita telah menjadi sebuah Negara Industri Baru (Newly Industrialized Country @ N.I.C.). Kesemua ini berlaku dalam masa beberapa tahun sahaja. Persoalannya pembangunan yang pesat dalam masa yang singkat ini juga membawa kesan-kesan buruk kepada ahli-ahli masyarakat. Antaranya ialah meningkatnya tekanan-tekanan dan jangkaan-jangkaan masyarakat ke atas ahli-ahli nya - sudah tentu dalam proses perkembangan pesat sedemikian, tekanan masyarakat semakin membebankan ahli masyarakatnya. Sebagai contoh sistem pendidikan kita sudah menjadi semakin rumit dan suasana kerja kita semakin mengkehendaki peningkatan produktiviti kerja Dalam tekanan-tekanan, lemah tingkahlaku daya tindak (coping behaviour) dan ada juga yang mengalami masalah mental. Kewujudan pesakit-pesakit mental ini ternyata merupakan satu masalah sosial.
Actions (For repository staff only : Login required)