Sukan di Universiti Malaya: Pembangunan dan penglibatan pelajar / R. Tanasekaran Ramaiya

R. Tanasekaran , Ramaiya (1994) Sukan di Universiti Malaya: Pembangunan dan penglibatan pelajar / R. Tanasekaran Ramaiya. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini adalah berkenaan kegiatan sukan di Universiti Malaya. Universiti sebagai satu institusi, seharusnya dapat mengembangkan bakat yang ada pada ahli-ahli sukan selepas alam persekolahan mereka. Tetapi ramai ahli sukan didapati tidak lagi aktif dalam bidang sukan sepertimana di bangku sekolah dahulu. Ini memberi satu inspirasi kepada saya untuk membuat satu penyelidikan terhadap pembangunan dan penglibatan pelajar dalam sukan di universiti ini. Dalam latihan ilmiah ini, telah dibincangkan berkenaan pembangunan sukan dan penglibatan pelajar di universiti ini. Pembangunan sukan dikaji dalam tempoh masa antara 1980 hingga 1992. Dalam mengkaji pembangunan sukan pengkaji telah memberi penekanan terhadap kemudahan sukan di universiti ini. Penyelidikan juga dibuat tentang penglibatan pelajar dari segi matlamat dan falsafah sukan Universiti Malaya. Di samping itu, juga dianalisa tentang masalah-masalah yang pelajar-pelajar hadapi semasa melibatkan dalam aktiviti sukan. Tidak ketinggalan Juga diberikan syor-syor penyelesaian kepada masalah-masalah itu. Peranan asrama khasnya Jawatankuasa Perkembangan Sukan dan Jasmani dan Persatuan Puspita dalam aktiviti sukan di Universiti Malaya turut dikaji. Asrama sebagai tempat kediaman bagi sebahagian besar daripada pelajar-pelajar di universiti ini, harus memainkan peranan yang penting dalam membangunkan aktiviti sukan di universiti dan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dengan lebih giat lagi . Akhir sekali, pengkaji memberikan beberapa cadangan dan prospek dalam pembangunan sukan di Universiti Malaya supaya universiti ini dapat melahirkan ahli-ahli sukan yang bertaraf tinggi dan menjadi satu pusat penyelidikan sukan yang penting di negara ini demi kemajuan sukan negara.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Pembangunan sukan; Universiti Malaya; Aktiviti sukan; Ahli sukan; Pelajar
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Sep 2020 06:59
    Last Modified: 09 Sep 2020 06:59
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11708

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item