Konflik kebudayaan: Satu kajian kes di Matsushita Electronic Component Sungai Way, Selangor / Chow Yook Siong

Chow , Yook Siong (1984) Konflik kebudayaan: Satu kajian kes di Matsushita Electronic Component Sungai Way, Selangor / Chow Yook Siong. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Ini adalah satu kajian kes tentang konflik kebudayaan di dalam sebuah kilang yang bernama Matsushita Electronic Component Sungai Way, Selangor iaitu salah sebuah kilang Jepun di kawasan perdagangan bebas yang terbesar di Malaysia. Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Bab I memperkatakan tentang tujuan, bidang, metode dan masalah kajian. Di dalam kajian bab II, pengkaji membincangkan tentang konsep-konsep yyang digunakan yang berkaitan dengan latihan ilmiah ini. Antara konsep-konsep yang diperkatakan ialah konsep kebudayaan , perubahan kebudayaan, konflik kebudayaan, sistem pengurusan Jepun serta sistem pengurusan barat yang membincangkan berbagai aspek seperti pengambilan pekerja, kenaikan pangkat, kelompok kerja dan membuat keputusan. Di dalam bab III, perkara-perkara yang dibincangkan termasuk latar belakang kilang, struktur organisasi kilang, polisi kilang, keadaan kerja pekerja serta pengambilan pekerja. Di dalam bab ini, boleh dikatakan ia membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan-peraturan yang ada di dalam kilang MECOM dan peraturan-peraturan ini adalah sesuatu yang berdasarkan kepada sistem pengurusan Jepun. Bab IV membincangkan perhubungan yang berlaku di kilang MECOM. Perhubungan itu berlaku akibat daripada interaksi yang berkalu di antara pekerja-pekerja tempatan dengan pengurus tempatan serta pengurus Jepun. Aspek-aspek yang penting diperkatakan ialah organisasi kerja, komunikasi kerja, kenaikan pangkat dan promosi, sikap pekerja terhadap pekerjaan dan majikan Jepun, sikap pengurus Jepun terhadap pekerja tempatan, sikap pengurus tempatan terhadap pekerja tempatan dan pandangan pengurus tempatan terhadap sistem pengurusan Jepun. Bab akhir iaitu bab V merumuskan penemuan hasil-hasil yang diperoleh dari kajian dan juga menyimpulkan perkara-perkara yang telah diperbincangkan di dalam bab-bab sebelumnya. Di dalam bab ini juga, pengkaji ,mengemukakan konflik kebudayaan yang berlaku di kilang MECOM serta pengkaji juga memberi saranan dan pandangan untuk ditujukan kepada pihak-pihak tertentu supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak-pihak berkenaan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Konflik kebudayaan; Kilang Matsushita Electronic Component; Sistem pengurusan Jepun; Sistem pengurusan Barat; Polisi kilang
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Sep 2020 03:16
    Last Modified: 09 Sep 2020 03:16
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11720

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item