Sistem Kekeluargaan Masyarakat Cina di Melaka: Orang-orang Baba dan Nyonya / Chee Mei Lin

Chee, Mei Lin (1988) Sistem Kekeluargaan Masyarakat Cina di Melaka: Orang-orang Baba dan Nyonya / Chee Mei Lin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji tentang sistem kekeluargaan masyarakat Cina khususnya orang-orang Baba dan Nyonya di Melaka. Aspek yang disentuh adalah mengenai mensosialisasikan anak. Di samping itu juga struktur kekeluargaan orang-orang Baba dikaji untuk memberi satu gambaran yang jelas lagi lengkap kepada pembaca mengenai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat ini. Dalam bab I, pengkaji menjelaskan tentang latar belakang kawasan penyelidikan di mana kedudukan tempat kajian, latar belakang sejarah dan latar belakang penduduk disentuh dan juga mendefinisikan siapa dia orang-orang Baba ini. Bab II pula adalah mengenai bidang teori dan konsep. Dalam bab ini definisi kekeluargaan dan keturunan dijelaskan mengikut bidang teori. Di samping itu, fungsi-fungsi kekeluargaan dan konsep mengenai sosialisasi diterangkandalam bab ini. Bab III menyentuh mengenai kekeluargaan dalam struktur oran-orang Baba. Di sini, prinsip keluarga, istilah keluarga dan struktur keluarga dibincangkan. Perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai jenis rumahtangga, hubungan antara ahli keluarga, rumah dan corak kepercayaan orang-orang Baba dan pengambilan anak angkat. Sosialisasi dibincangkan dalam bab IV di mana sistem pembelaan anak keluarga Baba dibincangkan dengan terperinci. Di samping itu juga, bahasa, nilai dan adat resam dan nama timangan dibincangkan. Pandangan daripada respondan mengenai bagaimana mendefinisi anak baik dan anak nakal dijelaskan di sini. Akhir sekali, kesimpulan dibuat oleh pengkaji secara umum di samping menyentuh mengenai perkara-perkara seperti sistem kekeluargaan; agama, nilai dan adat resam; bahasa dan sistem sosialisasi seorang budak dalam masyarakat Baba ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Masyarakat Cina; Sistem kekeluargaan; Melaka; Tradisi dan budaya
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 10 Nov 2020 04:45
    Last Modified: 10 Nov 2020 04:45
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11722

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item