Kajian sosio-ekonomi masyarakat Jawa di Sarawak: Satu kajian kes di Kampung Sri Arjuna / Paimon Fashar

Paimon , Fashar (1994) Kajian sosio-ekonomi masyarakat Jawa di Sarawak: Satu kajian kes di Kampung Sri Arjuna / Paimon Fashar. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Projek penyelidikan ini dijalankan di Kampung Sri Arjuna, Batu 11, Jalan Penrissen, Kuching, Sarawak. Tumpuan masyarakat yang dikaji ialah masyarakat Jawa di kampung berkenaan. Kajian ini dilakukan bagi mengkaji aspek-aspek sosioekonomi masyarakat jawa di kampung tersebut. Justeru itu, pengkaji telah membahagikan perbincangan ini kepada enam bab mengikut aspek-aspek yang berbeza. Dalam bab I, pengkaji menerangkan tujuan kajian serta masalah-masalah yang dihadpi oleh pengkaji sewaktu menjalankan kajian dan peyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Pada bab II, pengkaji menghuraikan latar belakang dan lokasi kawasan yang dikaji, kemudahan-kemudahan awam dan latar belakang masyarakat Jawa di kempung berkenaan. Dalam bab III, pengkaji telah menghuraikan dengan panjang latar belakang responden, saiz responden, pembahagian ketua rumah, bentuk keluarga serta bilangan anak responden. Bab IV pula menjurus kepada pembicaraan terhadap kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Jawa di sini. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pekerjaan, pendapatan, pemilikan tanah, simpanan pola penggunaan di kalangan penduduk kampung tersebut. Dalam bab ini juga, pengkaji turut membicarakan aspek stratifikasi sosial yang ada kesinambungan dengan aspek-aspek ekonomi tadi. Seterusnya dalam bab V, pengkaji memberi tumpuan kepada beberapa aspek sosial seperti agama, perhubungan sosial, permasalahan perkahwinan campur dan pendidikan yang turut mewarnai kehidupan dan identiti masyarakat Jawa di Sarawak khususnya di kampung yang dikaji. Dalam aspek agama, pengkaji menjuruskan kepada amalan-amalan sinkretisme yang masih diamalkan oleh masyarakat tersebut. Bab VI merupakan kesimpulan terhadap segala aspek yang telah dibincangkan dalam bab-bab sebelumnya. Pengkaji telah membuat kesimpulan mengenai situasi dan coarak kehidupan sebenar masyarakat Jawa di Kampung Sri Arjuna pada masa kini dan melihat imej serta identiti mereka pada masa hadapan. Pengkaji turut menyimpulkan beberapa kejayaan dan kelemahan yang terdapat pada masyarakat tersebut serta nilai-nilai yang membawa kepada perubahan-perubahan itu.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Masyarakat Jawa; Sarawak; Sosio-ekonomi; Perkahwinan campur; Perhubungan sosial
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Jan 2021 07:25
    Last Modified: 06 Jan 2021 07:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11749

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item