Pencapaian ekonomi dan masaalah-masaalah petani dalam projek pengairan muda: Kes studi-projek pengairan muda kawasan Padang Hang, Kedah / Rasli Basir

Rasli, Basir (1974) Pencapaian ekonomi dan masaalah-masaalah petani dalam projek pengairan muda: Kes studi-projek pengairan muda kawasan Padang Hang, Kedah / Rasli Basir. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (27Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini penting kerana ianya membincangkan suatu aspek dalam proses perubahan yang semakin meluas berlaku keatas komuniti luar bandar, khususnya komuniti Melayu. Kesan pembangunan dan perkembangan yang pesat di bandar semakin kuat terasa di kalangan komuniti kampung. Dengan hasrat ini Rancangan Pengairan Muda adalah merupakan satu usaha terbesar untuk meninggikan taraf hidup petani di kawasan luar bandar. Melalui rancangan ini kerajaan amat-amat berharap supaya mempercepatkan usaha untuk membawa kepada unsur-unsur pembangunan dan kemodenan di kalangan komuniti petani di kawasan luar bandar. Oleh itu kajian ini serba sedikit akan dapat memberi maklumat-maklumat serta data emprical mengenai perkembangan dan perubahan petani-petani yang biasa terdapat di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia ini. Kita dapati kajian-kajian sebelumnya banyak mempersoalkan tentang "Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan' ringkasnya LKTP, tanpa membincangkan perubahan-perubahan yang dialami oleh komuniti petani sendiri. Kalau ada pun kajian mengenai komuniti petani yang hanya dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dari Barat, tetapi belum lagi mempersoalkan tentang perubahan yang telah dialami oleh petani-petani deasa ini. Jadi dikira kajian ilmiah ini amat berfaedah sekali kepada mereka-mereka yang benar-benar ingin mengetahui dengan lebih dekat tentang modenisasi dan perubahan-perubahan yang dialami oleh kaum tani dewasa ini. Samaada berjaya atau tidaknya rancangan kerajaan untuk meninggikan taraf hidup petani melalui penambahan dalam pendapatan akan dibincangkan kemudian.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1973/1974.
    Uncontrolled Keywords: Masalah petani; Projek pengairan; Komuniti Melayu
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 22 Jun 2021 09:59
    Last Modified: 22 Jun 2021 09:59
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11755

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item