Penagih dadah dan pemulihan: Satu kajian kes mengenai Pusat Pemulihan Dadah Kristian, Selangor / Khor Phaik Ee

Khor , Phaik Ee (1983) Penagih dadah dan pemulihan: Satu kajian kes mengenai Pusat Pemulihan Dadah Kristian, Selangor / Khor Phaik Ee. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (18Mb) | Preview

    Abstract

    Ini merupakan satu kajian kes terhadap 17 sampel pengih-penagih dadah di sebuah pusat pemulihan dadah Kristian di Selangor. Pusat itu dirujuk sebagai Pusat Pemulihan Dadah Kristian Selangor atau PPDKS. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau metode dan progam pemulihan yang disediakan dan kekesanan pusat itu menolong meringankan masalah penagihan di Malaysia. Yang lebih menarik ialah untuk melihat bagaimana agama Kristian digunakan sebagai suatu alat pemulihan. Untuk meliha aspek-aspek tersebut, kajian ini dibahagikan ke dalam beberapa bab. Dalam bab I, pengkaji telah menghuraikan beberapa perkara penting mengenai kajian seperti masalah penagihan di Malaysia, pusat-pusat pemulihan yang terdapat di negara ini, tujuan kajian ini, metode-metode kajian, sampel responden-responden dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Bab II membincangkan tentang struktur dan organisasi pusat itu yang merangkumi latar belakang PPDKS, struktur fizikalnya, struktur pentadbiran dan program/rancangan pemulihan. Hubungan di antara kakitangan iaitu Ketua Pusat dan kaunselor-kaunselor dengan penghuni-penghuni serta hubungan di antara penghuni-penghuni sendiri juga di sentuh dalam kajian. Dalam bab III apa yang ditonjokan ialah mengenai latar belakang penghuni-penghuni di antaranya termasuklah umur, pendidikan, negeri asal dan taraf perkahwinan; latar belakang keluarga; pengalaman di pusat-pusat pemulihan yang lain; kejayaan atau kegagalan memulihkan diri dan sebagainya. Bab IV telah dihuraikan dengan lebih mendalam tentang struktur program pemulihan. Perihatin diberikan kepada program pemulihan, struktur programnya dan metode-metode yang digunakan untuk memulihkan para penghuni. Selanjutnya dalam bab V, pengkaji cuba memberi suatu penilaian ke atas kekesanan dan kejayaan program pemulihan di PPDKS. Bab VI atau bab terakhir merupakan kesimpulan atau rumusan dari apa yang dibincangkan dalam bab-bab sebelumnya dan juga dikemukakan beberapa cadangan yang mungkin dapat memberi manfaat kepada pusat tersebut.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1982/1983.
    Uncontrolled Keywords: Penagih dadah; Pusat Pemulihan Dadah Kristian; Progam pemulihan; Jaringan sosial; Parti sosial
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 02 Nov 2020 08:03
    Last Modified: 02 Nov 2020 08:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11813

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item