Kemampanan anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) - Faktor manusia dan amalan mekanisme kawalan / Suraiya Ishak

Suraiya , Ishak (2008) Kemampanan anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) - Faktor manusia dan amalan mekanisme kawalan / Suraiya Ishak. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2072Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini telah mengkaji mengenai fenomena prestasi syarikat berkaitan kerajaan negeri (SBKN). Objektif utama kajian ini ialah untuk meneroka dan mendeskripsi latar belakang SBKN dalam konteks pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia, dan menilai perlakuan etika pekerjapekerja SBKN serta impaknya dalam menghurai prestasi SBKN terlibat. Sehubungan itu, kajian ini telah memilih untuk menggabungkan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif bagi mencapai objektif secara menyeluruh. Pendekatan induktif bermula dengan mengesan faktorfaktor yang berpotensi menghurai situasi lemah di kalangan perusahaan awam melalui sorotan karya lepas. Setelah itu, temubual berstruktur telah dijalankan dengan wakil induk dan SBKN dari lapan buah negeri bagi mengesahkan samada berlaku atau tidak trend-trend yang dikaitkan sebagai punca kelemahan pada SBKN-SBKN kajian. Seterusnya, pendekatan deduktif kajian telah memberi tumpuan kepada aspek perlakuan modal insan. Model deduktif kajian mengenai perlakuan etika manusia telah dibina berdasarkan kapasiti pekerja dalam organisasi dan seiring dengan Teori Agensi. Soalselidik telah diedar kepada responden-responden (pekerja dan pengurus) dalam SBKN-SBKN terpilih bagi melaksanakan model deduktif. Kemuncak kepada penerokaan kajian, satu model akhir prestasi SBKN yang menggabungkan perspektif analisa makro dan mikro telah berjaya dirumuskan. Model akhir yang dikenali sebagai �Model Umum Prestasi SBKN � Faktor Mekanistik dan Manusia� adalah sebuah model integratif yang unik kerana bersifat menyeluruh pada pendekatan dan tema pengisiannya. Ceraian model pada bahagian induktif telah menghasilkan rumusan makro ciri �organisasi dua wajah� sebagai faktor menghurai isu prestasi organisasi. Hasil analisis makro kajian turut merumuskan organisasi PKEN dan SBKN sebagai bentuk milikan kerajaan yang masih relevan sehingga kini. Namun begitu, kelemahan yang dialami adalah lebih menjurus kepada pelaksanaannya yang kurang tepat. Justeru, konsep pelaksanaan adalah sesuatu yang berkaitan dengan faktor manusia dan telah dikaji secara khusus pada ceraian deduktif model. Hasil ujian korelasi ke atas model deduktif telah menunjukkan wujud hubungan negatif di antara perlakuan tidak beretika dengan pembolehubah prestasi yang digunakan, iaitu purata pertumbuhan pulangan atas aset. Oleh itu, dalam skop Teori Agensi yang berandaian negatif terhadap manusia, kajian menyimpulkan matlamat pengurusan adalah untuk memanipulasi dan memaksa pekerja secara terang atau tersembunyi ke arah mencapai matlamat organisasi. Justeru kawalan perlakuan telah disandarkan kepada bentuk-bentuk mekanisme luaran. Namun begitu, keberkesanan mekanisme luaran membentuk budaya perlakuan pekerja adalah tidak mutlak dan sementara, seperti yang ditunjukkan dalam analisis hubungan perlakuan etika pekerja dengan konteks etika dan audit dalam. Akhir sekali berdasar kepada penemuan kajian, beberapa cadangan turut dikemukakan bagi memperkasa pencapaian SBKN di masa hadapan. Secara umumnya, prestasi SBKN perlu kepada cadangan pembaikan menyeluruh yang merangkumi aspek isi dan mekanistik. Faktor isi yang berkaitan manusia adalah penting kerana ia menjadi penentu kepada kelancaran dan keberkesanan dalam sesuatu proses pelaksanaan, manakala faktor mekanistik yang berkaitan �organisasi dua wajah� adalah suasana makro yang akan menentukan kuasa dan motivasi kendiri organisasi. Di samping itu dalam konteks falsafah dan pencarian ilmu, kajian mendapati ilmu yang sejati akhirnya akan menjurus kepada penemuan elemen ketuhanan serta kewahyuan dan hukum moral sebagai prinsip kebahagiaan manusia yang paling unggul.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Business and Accountancy, University of Malaya, 2008.
    Uncontrolled Keywords: Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN); Pembangunan sosio-ekonomi; Etika pekerja; Faktor mekanistik; Organisasi dua wajah
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
    Divisions: Faculty of Business and Accountancy
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Mar 2021 01:54
    Last Modified: 24 Mar 2021 01:54
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11852

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item