Projek tanam semula nenas sebagai projek pembangunan INSITU (Kajian kes di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor) / Yatimah Sarmani

Yatimah, Sarmani (1980) Projek tanam semula nenas sebagai projek pembangunan INSITU (Kajian kes di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor) / Yatimah Sarmani. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian kes ini bertujuan membuat penilaian terhadap usaha-usaha kerajaan membangunankan sektor pertanian bagi meninggikan pendapatan masyarakat tani. Kajian telah dijalankan di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor. Di dalam bab I, diterangkan cara kajian dijalankan iaitu menggunakan Jadual Soalan dan temuduga sebagai cara mendapatkan bahan. Dalam bab II dihuraikan konsep-konsep pembangunan yang menjadi landasan kajian ini. Dua ‘theoretical framework’ digunakan iaitu konsep pembangunan mengikut Islam dan bukan Islam yang merangkumi sistem kapitalis dan sosialis-kominis. Seterusnya pengkaji mengaplikasikan pendekatan-pendekatan pembangunan tadi dengan usaha pembangunan di Malaysia. Rancangan-rancangan pembangunan di Malaysia adalah lebih mirip kepada pendekatan ‘diffusionist’ dalam model equilibirum. Bab III merupakan satu tinjauan latarbelakang sejarah perusahaan nenas diperingkat awal hingga membawa kepada keadaan yang ada sekarang. Peranan Lembaga Perusahaan Nenas Tanah Melayu (LPNTM) adalah penting dalam perusahaan tanaman nenas ini. Manakala dalam bab IV pula adalah mengenai Unit Tanam Semula Nenas sebagai satu dari cawangan LPNTM yang mengendalikan Rancangan Tanam Semula Nenas. Melalui unit ini, segala perubahan, teknik dan bantuan disalurkan kepada para pekebun. Oleh itu, ianya bertanggungjawab mentadbir dan menyeleraskan projek tanam semula nenas ini. Keterangan-keterangan mengenai responden terkandung dalam bab V dan VI. Di sinilah pengkaji menguji pendekatan pembangunan yang dijalankan di negara ini untuk membuat beberapa rumusan mengenai sejauh mana kejayaan projek yang dijalankan, iaitu di dalam bab VII sebagai penutup hasil kajian ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980.
    Uncontrolled Keywords: Nenas; Unit Tanam Semula Nenas; Lembaga Perusahaan Nenas Tanah Melayu (LPNTM); Sistem kapitalis; Masyarakat tani
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    S Agriculture > S Agriculture (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 11 Nov 2020 06:40
    Last Modified: 13 Jan 2021 08:24
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11887

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item