Pulau Besar: Satu kajian kes ke atas keramat dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Tumpuan lebih kepada Islam / Mohd Tourisz Md. Noh

Mohd Tourisz , Md. Noh (1990) Pulau Besar: Satu kajian kes ke atas keramat dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Tumpuan lebih kepada Islam / Mohd Tourisz Md. Noh. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (25Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini telah dibuat di Pulau Besar, Melaka. Terdapat tujuh bab yang dibincangkan dalam kajian ini dan dari ketujuh-tujuh bab yang dibincangkan itu, perhatian lebih diberikan dalam aspek-aspek yang menghubungkaitkan antara keramat dengan Islam. Di samping itu, tidak terkecuali di bincangkan juga hubungkait antara kerama dengan aspek-aspek lain yang dirasakan saling berkaitan. Secara ringkas, kandungan bab-bab adalah seperti berikut: Bab I & II adalah bahagian pembukaan di mana dalam kedua-dua bab ini, pengkaji cuba menjelaskan secara ringkas aspek-aspek yang berkaitan untuk menjayakan kajian ini. Seterusnya dijelaskan juga serba ringkas mengenai latar belakang tempat kajian ini dibuat. Bab III adalah bab tumpuan dalam kajian ini. Yang dibincangkan termasuklah pengertian keramat mengikut fahaman umum dan bezanya dengan pengertian Islam, kategori keramat, mengapa ia mendapat perhatian dan beberapa aspek lain mengenai keremat itu sendiri. Bab IV, V dan VI merupakan bab-bab yang membincangkan hubungkait antara keremat dengan beberapa aspek lain termasuklah juga hubungan keramat dengan Islam yang dilihat dari 2 segi iaitu keselarian dan pertentangan antara kedua-duanya. Bab VII bahagian terakhir kajian iaitu permasalahan yang timbul kerana keramat dan cadangan pengkaji untuk mengatasinya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.
    Uncontrolled Keywords: Pulau Besar; Keramat; Islam; Nazar; Harta benda
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Apr 2021 02:29
    Last Modified: 07 Apr 2021 02:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11894

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item