Wan Rohani , Wan Mokhtar (2018) Implikasi penguasaan tatabahasa Arab terhadap kemahiran menulis dalam kalangan pelajar asasi universiti awam Malaysia / Wan Rohani Wan Mokhtar. PhD thesis, University of Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (217Kb) | ||
| PDF (Thesis PhD) Download (3576Kb) | Preview |
Abstract
Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bukan sahaja sebagai bahasa ilmu bahkan sebagai bahasa komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab perlu menitikberatkan tatabahasa Arab kerana penguasaan tatabahasa Arab merupakan salah satu faktor mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Arab. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan tahap penguasaan pelajar Asasi Universiti Awam terhadap tatabahasa Arab, menganalisis tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar Asasi Universiti Awam dari segi kesahihan tatabahasa dan menentukan implikasi penguasaan tatabahasa Arab terhadap kemahiran menulis. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik, soalan ujian penguasaan tatabahasa Arab dan ujian kemahiran menulis. Responden dalam kajian ini terdiri daripada lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat asasi di universiti Awam Malaysia. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat tahap penguasaan pelajar dalam kajian ini. Penentuan kesalahan penulisan dibuat berdasarkan penyimpangan sesuatu kaedah dalam sistem bahasa Arab standard dan berdasarkan kaedah dan sistem yang telah ditetapkan oleh para sarjana bahasa Arab terdahulu dan masa kini. Implikasi penguasaan tatabahasa Arab terhadap kemahiran menulis dinilai berdasarkan penguasaan responden dalam tajuk yang diuji dan kemampuan mereka dalam menggunakannya dalam penulisan karangan. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan tatabahasa Arab dan kemahiran menulis dalam kalangan responden berada pada tahap sederhana dan penguasaan tatabahasa Arab mempunyai pelbagai implikasi terhadap kemahiran menulis.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2018. |
Uncontrolled Keywords: | Tatabahasa Arab; Pelajar asasi; Kemahiran menulis; Bahasa ilmu |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 07 Apr 2021 01:09 |
Last Modified: | 07 Apr 2021 01:09 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11920 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |