Agama dan Kepercayaan dikalangan penganut Hindu: Satu kajian kes di daerah Kuala Selangor / Manimaran Subramaniam

Manimaran , Subramaniam (1995) Agama dan Kepercayaan dikalangan penganut Hindu: Satu kajian kes di daerah Kuala Selangor / Manimaran Subramaniam. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (125Mb) | Preview
    [img] PDF (Letter of permission)
    Restricted to Repository staff only

    Download (117Kb)

      Abstract

      Disertasi ini merupakan satu kajian tentang agama dan kepercayaan di kalangan penganut Hindu, dengan kes kajian di daerah Kuala Selangor (Selangor, Malaysia). Kajian ini meninjau corak hidup kaum India dari segi amalan dan kepercayaan agama Hindu. Beberapa unsur-unsur amalan dan kepercayaan agama Hindu yang sedang dipraktikkan diberi tumpuan utama dalam kajian ini. Disertasi ini terbahagi kepada tujuh bab termasuk bab kesimpulan. Bab pertama merupakan bab pendahuluan yang menghuraikan skop, objektif dan kepentingan kajian ini serta menganalisa kajian-kajian lalu yang berkaitan dan relevan dengan bidang kajian ini. Metodologi kajian dan latar belakang kawasan kajian juga dibincangkan dalam bab ini. Bab seterusnya meneliti konsep serta sejarah dan perkembangan agama Hindu di India, amnya dan di India Selatan khususnya. Sejarah kedatangan dan perkembangan agama Hindu di Malaysia turut dibincangkan dalam bab ini. Konsep Tuhan, konsep Dewa-Dewi dan pengkelasan Dewa-Dewi serta tujuan pemujaan Dewa-Dewi agama Hindu merupakan pokok perbincangan dalam bab ketiga. Bab keempat pula menerangkan amalan pemujaan di kuil dan di rumah di kalangan penganut-penganut agama Hindu di kawasan kajian. Bab kelima membincangkan perayaan-perayaan agama Hindu dan beberapa perayaan yang dirayakan di kuil dan di rumah oleh penganut agama Hindu di kawasan kajian. Dalam bab keenam diterangkan upacara-upacara lingkaran hidup yang sedang dipraktikkan oleh penganut agama Hindu di kawasan kajian. Setiap bab mempunyai kesimpulan tersendiri, manakala bab kesimpulan menghubungkaitkan setiap aspek-aspek agama Hindu yang dibincangkan dalam bab-bab sebelumnya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pemujaan serta perubahan dan kesannya dalam amalan dan kepercayaan penganut agama Hindu telah dibincangkan dalam bab ini.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1995.
      Uncontrolled Keywords: Corak hidup; Amalan dan kepercayaan; Agama Hindu; Perayaan keagamaan
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
      H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Indian Studies
      Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
      Date Deposited: 01 Dec 2020 01:56
      Last Modified: 08 Dec 2020 01:40
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11927

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item