Knowledge management portal (software engineering) / Norzamhana Yusof

Norzamhana , Yusof (2005) Knowledge management portal (software engineering) / Norzamhana Yusof. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (50Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan Ilmiah merupakan kursus wajib bagi para pelajara tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan teknologi maklumat untuk memenuhi keperluan Sarjana Muda Sains Komputer dan Sarjana Muda Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Malaya. Latihan Ilmiah ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Ilmiah ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Ilmiah I yang akan dilakukan pada semester pertama dan Latihan Ilmiah dua yang akan disambung pada semester kedua. Pelajar perlu membuat satu projek untuk mengaplikasikan teori-teori yabg dipelajari selama ini. Projek yang akan dibangunkan ini bertajuk Portal Sistem Pengurusan Pengetahuan Kejuruteraan Perisian. Projek ini memaparkan maklumat mengenai Jabatan Kejuruteraan Perisian di FSKTM. Portal ini dibangunkan dengan tujuan untuk memberi maklumat yang tepat kepada pelajar khususnya dan penjunjung portal amnya. Ia juga menjadi satu alternatif kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang dikhendaki selain merujuk sumber-sumber yang sedia ada seperti laman web, majalah, buku dan sebagainya. Sasaran portal ini adalah kepada semua pengguna terutamnya pelajar-pelajar FSKTM.Pelbagai kajian literasi telah dilakukab sebelum sistem ini dibangunkan. Antaranya ialah merujuk buku-buku di perpustakaan, mencari maklumat dari laman web yang sedia ada di Internet, membuat analisis tesis-tesis yang lepas, mengadakan dengan penyelia dan kawan-kawan serta bertanya pensyarah-pensyarah. Untuk membangunkan sistem ini, model pembangunan air terjun digunakan. Model ini dipilih kerana mudah diuruskan jika dibandingkan dengan model-model lain. Model ini jug mudah difahami dan sesuai untuk pembangun yang kurang berpengalaman dalam pembinaan sistem. Portal ini dibangunkan menggunakan Window XP. Antara perisian yang digunakan ialah Macromedia Dreamweaver MX, Macromedia Flash, Apache, Hypertext Preprosessor(PHP)dan XML. Bagi rekabentuk sistem pula, ia terbahagi kepada tiga jenis rekabentuk iaitu rekabentuk struktur sistem, aliran moduldan rekabentuk antaramuka. Dalam bahagian perlaksanaa sistem beberapa perkara telah dipertimbangkan antaranya ialah faktor kebolehbacaan dan kebolehgunaan pengguna, pengkodam yang mudah difahami dan mudah diselenggarakan.Kesimpulannya, portal ini sesuai untuk semua pelajar terutamanya pelajar FSKTM yang mengambil Jabatan Kejuruteraan Perisan. Ia juga sesuai untuk pelajar-pelajar lain yang mengambil subjek Kejuruteraan Perisian kerana subjek ini termasuk dalam silibus FSKTM.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2004/2005.
    Uncontrolled Keywords: Perisian; Atas talian; Pengurusan data; Pengurusan maklumat
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 27 Jul 2021 07:40
    Last Modified: 27 Jul 2021 07:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11931

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item