Kemiskinan: Kajian perbandingan sosio-ekonomi penduduk-penduduk di Kampung Gelang Cincin berdasarkan strafikasi sosial / Jamaliah Ghani

Jamaliah , Ghani (1986) Kemiskinan: Kajian perbandingan sosio-ekonomi penduduk-penduduk di Kampung Gelang Cincin berdasarkan strafikasi sosial / Jamaliah Ghani. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat faktor-faktor kemiskinan dan teori yang berkaitan dengannya. Juga akan ditinjau rancangan-rancangan pembangunan kerajaan yang bergiat di sana dan sejauhmanakah keberkesanannya. Dalam bab I, dibincangkan tujuan dan bidang kajian dan juga teknik yang telah digunakan dalam kajian ini serta masalah-masalah yang timbul dalam menjalankan kajian tersebut. Bab II membicarakan tentang teori, konsep ukuran kemiskinan dan menyatakan serba ringkas mengenai kemiskinan dalam konteks di Malaysia yang dilihat dari sudut struktur sejarah. Dalam bab III pula dihuraikan secara ringkas mengenai latar belakang tempat kajian. Ini termasuklah dari segi kedudukan geografi-politik, penduduk dan penempatan penduduk, kemudahan perhubungan sosial dan ekonomi. Bab IV dianalisa latar belakang responden dan isteri yang meliputi umur, pendidikan, tanggungan dan juga kedudukan sosio-ekonomi mereka dan sejauhmanakah pola-pola ini masih berada di dalam kategori miskin. Bab V dihuraikan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil getah dan cara-cara bagaimana ianya boleh diatasi serba sedikit serta setakat manakah kejayaan mereka dalam usaha ini. Juga dinilai serba ringkas peranan dan keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu para pekebun kecil. Akhir sekali, bab VI adalah rumusan dan penutup dengan mengaitkan faktor apakah yang menyebabkan kemiskinan di luar bandar terutamanya di kawasan tempat kajian.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Kemiskinan; Strafikasi sosial; Politik; Geografi; Pekebun kecil
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 18 Jan 2021 02:46
    Last Modified: 18 Jan 2021 02:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12044

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item